Pages

Tuesday 31 July 2012

Tertutup Kembali


Watashinonikki | 私の日記

Hari ini setelah beberapa lamanya aku meninggalkan blog, aku rasa ada baiknya aku tutup saja dari orang lain membacanya. Iyalah. Apa gunanya andai blog dibuka untuk paparan tetapi tiada update. hehehe.

Apa yang terjadi sepanjang aku sunyi dan sepi, biarlah ingatan ini singgah dan pergi. Biarlah ianya menjadi misteri. XD

Watashinonikki | 私の日記 untuk paparan umum,
Kini Ditutup.

Thursday 28 June 2012

Perlukah Aku Menulis?


Mencari Ilham Dibawah Pelangi~

Hari demi hari, masa berganti masa. Hati aku semakin berat dan kian berdebar-debar.

-----

"Kau tak mahu menulis cerita superhero?"
"Perlukah?"

"Bukankah ini minat kamu? Menjadi seorang penulis dan berkongsi fantasi kamu?"
"Menjadi penulis memang ada. Tetapi tak pernah aku fikirkan untuk berkongsi cerita ini."

"Kalau begitu, mulakan sahaja. Tak perlu risau akan kualiti dan tak perlu tunjukkan kepada sesiapa andai rasa tidak bersedia. Tetapi tulislah dahulu menulis dan simpan sehingga tiba masanya. OK?"

Aku hanya mendiam dan selepas itu mengangguk tanda setuju.

"Alhamdullilah. Tak perlu lagi aku menanggung lagi perasaan resah tentang kisah ini lagi. Kan senang kalau kita settle hal ini awal-awal." :)

-----

Aku tersenyum dan mula terfikir samada ingin membuka blog baru untuk penulisan ini.

p/s: Perbualan ini hanyalah antara aku dan diriku yang satu lagi.

Tuesday 26 June 2012

Pengalaman Baru


Hari ni aku hanya melepak je kat pejabat memandangkan takde tugasan yang perlu diselesaikan. Bukannya malas tetapi memang takde user yang datang dan kalau yang ada pun, terus kami selesaikan disitu juga. Disebabkan 2 hari dah free, maka geng kami buat gila dengan pergi bergambar kat Air Terjun *nama mende ntah... -_- * dekat Kampung Baru, Kerteh. Yohooo~

Dengan perjalanan yang mengambil hampir setengah jam, kami akhirnya tiba disana. Bukan nak mandi pun, setakat pergi makan nasi dalam hutan pastu tangkap gambar keindahan air terjun tu. Cantik tak cantik air terjun tu, aku tengok air dia memang jernih, dalam dan sejuk. Sayangnya kami tak sempat mandi memandangkan kami tak bersedia pun. Baju pun tak bawa. Haha.

Balik kerja pula, aku tunggu Farid kat depan pintu masuk Petronas. Rupa-rupanya dia balik kerja pukul 5.30 petang. Malam ni aku tidur kat rumah sewa dia. Saja-saja nak tengok keadaan rumah. Kalau sesuai, aku nak duduk sana. Tapi nampak macam tak sesuailah pula sebab kat sana banyak masalah. Huhuhu

Apa-apa pun memang bestlah sebab rumah kampung sebab mandi air telaga kan? Ada kenangan terjatuh pula tu. Keh keh keh..

Kenangan oh kenangan.... XD

Monday 25 June 2012

Kehadapan Watashinonikki | 私の日記


Kehadapan Watashinonikki | 私の日記,

Maafkan aku kerna membiarkan kamu bersendirian dan sehingga sudah tidak tercoret lagi apa-apa disini. Terlalu banyak perkara yang aku fikirkan sehingga tidak terdaya untuk aku menjenguk sebentar keadaanmu. Terlalu besar masalahku sehingga bukan sahaja kamu yang terjejas tetapi juga kehidupanku sendiri. Maka, masakan aku akan mementingkanmu disaat aku harus memikirkan sesuatu yang lebih penting?

Watashinonikki | 私の日記,

Aku berjanji aku akan lebih kerap kembali kepada mu dan mencoretkan susah dan perit hidup ini, kenangan indah dan manis yang aku lalui dan apa jua yang aku terfikir untuk dilakarkan disini. Bukankah kamu ini Watashinonikki | 私の日記 ku yang bermaksud Diariku? Sememangnya aku layakkan untuk aku berada disini, bukan?

Watashinonikki | 私の日記,

Kamulah lambang isi hatiku. Maka senyumlah kerna satu hari nanti aku akan kembali menghadapmu dan membaca segala apa yang tercoret disini. Nantikanlah.

Dari si penconteng,
Ahmad Sufi Ahmad Asri.

Tuesday 19 June 2012

Kuasa Luar Biasa: Perjalanan Merentasi Masa


Time Portal | Pengembaraan Merentasi Ruang Masa

Masa : Sehari sebelumnya
Lokasi : Kemaman, Terengganu.

:: Tempat Aku Timba Ilmu Untuk Cemerlang ::

Sampai sahaja di bilik tumpangan aku, aku terus menanggalkan pakaian aku. Bukan untuk bermandi tetapi untuk memudahkan pergerakan yang terbatas ketika menyarungkan kemeja dan seluar slack.

Satu persatu pakaian dan barang peribadiku disumbatkan kedalam beg pakaian. Aku harus cepat atau aku akan keletihan. Ahh.. Aku perlukan rehat.

Hampir lapan puluh peratus sudah aku kemaskan. Melihatkan kerja yang hampir siap, aku mengambil keputusan untuk berehat sebentar bagi mehilangkan letih.

Mata terpejam dan aku membuka mata kembali.

*Terkejut*

Dimanakah aku ni? Adakah aku mempunyai kuasa luar biasa yang bisa membuatkan ku merentasi masa sehingga keadaan sekeliling menjadi lain?

Setelah beberapa saat, fikiran aku menjadi waras dan rupa-rupanya aku dah tertidur hampir enam jam setelah aku berbaring yang aku ingatkan hanyalah sebentar.

Cis.....

Sesuatu Yang Kelihatan "SENANG"


Gua Penatlah Bro.. Lu Apa Tau?

Aku sendiri tak tahu kenapa dengan aku hari ini. Mungkin keletihan dek bekerja tanpa henti selama 7 hari seminggu. Mungkin kerna asyik berfikir dan risau mengenai keluargaku. Ahh.. Semua ini adalah perkara biasa bagi aku walaupun mungkin bagi orang lain aku lembik dan si gemuk yang kuat tidur. Tetapi biarlah. Apa yang mereka tahu?

Bermula dengan Sulaiman yang ketawakan aku bila aku kata kerja di IPerintis memenatkan.

"Keje kat ofis pun letih ke? Mu bukan buat mende pun. Duduk je....."

Ya! Memang benar wahai sahabatku. Tetapi sepanjang harikah aku hanya duduk sambil goyang kaki sahaja? Apa kau fikir aku makan gaji buta? Mungkin sudah tiba masanya untuk kamu berfikir sebelum berkata-kata wahai sahabatku.

"Eh kau kerja partime 2 hari je RM150? Masyukkkkkk.. Banyak tuh."

Aku hanya tersengih sahaja. Bersyukur atas nikmat yang diberikan. Tetapi mungkin mereka tak tahu yang aku bukan hanya duduk di kerusi dan selesaikan masalah sahaja. Aku juga membantu krew yang lain mengemas tempat persiapan. Dan mungkin juga mereka tak tahu yang aku sudah berada disana sehari sebelumnya dan balik lewat malam.

Oh, apakah yang mereka tahu?

Monday 18 June 2012

Terima Kasih Allah Kerana Menyelamatkannya

Petang tadi kunci motor aku hilang. Puas sudah aku mencari di ofis dan di tengah jalan. Takut tercicir dimana-mana. Setelah penat mencari, aku melangkah ke pondok polis sambil berdoa memohon bantuan Allah.

"Assalamualaikum.. Tumpang tanya, itu kunci saya ek?" kataku sambil menunjukkan kunci motor yang berada di atas meja.

Setelah ditanya beberapa soalan, akhirnya kunci itu diberikan semula kepada aku. Syukur alhamdullilah kerna ada hamba Allah yang baik hati telah tinggalkan kunci motor aku di pondok polis. Jikalau tak, entahlah apa yang akan terjadi.

Aku menghidupkan motor dan menunggangnya untuk ke destinasi seterusnya...


Syukur Alhamdullilah~ :)

Thank you oh kind heart friend.
Thank you oh Mr policeman.
and the most important is thank you Allah for you protection.


Monday 4 June 2012

Dari Paka Ke Telok Kalong


Tergolek Bosan~

Hari ini boleh dikatakan bosan bagiku sebab tak banyak kerja yang aku buat di pejabat. Alahai, kalau banyak kerja penat, kalau tak ada kerja bosan pula. Hehe. Setiap perkara ada naik dan turunnya kan?

Anyway, syukur Alhamdullilah sebab tengahari tadi ada hamba Allah yang belanja staff iPerintis makan Pizza Hut. Kenduri sempena nak buat umrah kalau tak silap. Aku yang intern ni kira dijemput juga lah. Pucuk dicita, ulam yang datang. Aku pun pergi jelah. Hehe. Syukurlah, semoga perjalanan pergi dan pulang kamu dirahmati Allah swt kehendaknya wahai si pemberi makanan. Mudah-mudahan, amin.

Petang tu lepas habis je kerja, aku terus ke Paka. Niat hati nak pergi awal untuk tinjau keadaan kat sana sebelum aku ke kuliah magrib tetapi hujan ditengah jalan. Habis basah kuyup. Akhirnya aku duduk kat Masjid Pinang Merah tu sambil menunggu baju kering. Segala yang berlaku ada hikmahnya dan mungkin hikmahnya ialah aku dapat duduk di barisan depan saf untuk solat. *Tersenyum*

Untuk kuliah malam ni, Ustaz Azhar datang lewat sikit sebab jalan sesak dan sampai dalam pukul 8.10PM. Sememangnya ceramah Ustaz Azhar Idrus sememangnya menarik. Tajuk kuliah malam tu ialah "takutkan mati" walaupun sebenarnya tajuk itu adalah rekaan aku sendiri kerana UAI sebenarnya mengajar kitab pada malam tu. Ahh.. Asalkan aku ingat apa yang disampaikan. Hehehe.

Lepas habis kuliah dan solat Isyak, aku tunggu sekejab dalam masjid. Niat nak bergambar tapi segan. Dalam kekalutan UAI nak pulang kerumah cepat, sempat lagi Ustaz bergambar dengan ramai peminat-peminat dia dalam masjid. Aku tak lepaskan peluang salam dan cium tangan ustaz. Mama pernah berpesan, kalau jumpa dengan alim ulama', ciumlah dan peluk mereka kerna mereka adalah pewaris nabi. Mudah-mudahan dapat pahala dalam mengasihi orang alim ulama' ni.

Untuk penutupan malam itu, aku berpeluang menyaksikan keadaan logi Petronas Gas Berhad, Kerteh yang cantik. Mungkin ianya biasa bagi orang yang banyak kali melihatnya tetapi bagi aku, bangunan-bangunan yang cerah disinari lampu serta nyalaan api yang marak dari tiang gas membuatkan aku teruja. Haha. Bukan aku sahaja malah beberapa buah kereta juga berhenti dan bergambar. It's truly awesome !!

Insyaallah satu hari nanti bila berpeluang, aku akan datang ke PGB sekali lagi untuk mengambil gambar dan pastinya ketika itu dengan kamera DLSR aku sendiri. :)

Friday 1 June 2012

Elaun Pertama Dari iPerintis


Yeyy!!!!! | Mood Gembira Sebab Elaun Dah Masuk :D

Alhamdullilah. Setelah 2 minggu bekerja di iPerintis, akhirnya aku dapat juga elaun yang dijanjikan setiap kali hujung bulan. Hehe. Legalah sikit hati ni. Dapat la hantar duit kat mama sikit, kasi kat Solehah yang dah nak masuk UiTM sikit dan bayar apa-apa lagi yang patut. Tetapi memandangkan Kak Ilah dan kasi duit kat Solehah, aku ganti duit tu kat Kak Ilah je lah. Kesian kat dia. Lagipun dia dah banyak dah berkorban.

Natijah, malamnya aku keluar dengan Mat Yan ke Mesra Mall untuk keluarkan duit. Tersempak dengan Kak Suri masa kat depan ATM dan kami hanya sempat senyum kepada satu sama lain.

Selepas tu kami teruskan dengan rancangan kami. Berhibur sikit-sikit. :P

"Okay, tolong jangan pikir yang bukan-bukan yer? ......"

Akhir sekali sebelum sampai TATIUC, benda yang paling aku jumpa malam ni ialah terpaksa tunggu makanan selama 40 minit kat kedai makan. Aduh.. Memang tekanan betul. Namun aku bersabar kerana sabar itu separuh daripada iman. :P

Thursday 31 May 2012

Akta Keterangan (Pindaan) 2012


Akta Keterangan (Pindaan) 2012. Berkuatkuasa 1 Jun 2012

Dengan media baru yang semakin popular, termasuk blog, Facebook dan Twitter, serta dalam usaha untuk menjadikan rakyat lebih bertanggungjawab terhadap aktiviti mereka di atas-talian, kini ia telah pun ditetapkan yang mana Akta Keterangan (Pindaan) 2012 bakal dikuat-kuasakan bermula esok, iaitu 1 Jun 2012.

Bagi yang tidak mengetahui, melalui pindaan pada Akta Keterangan, ia menetapkan yang mana para pengguna Internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka. Secara ringkasnya, sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada blog anda, halaman Facebook Page anda, tweetjack akaun Twitter anda, mahupun dengan “menumpang” talian WiFi anda, maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang dikongsikan melaluinya.

Selain daripada itu, ia juga mengatakan yang mana sekiranya seseorang memulakan halaman Facebook, Twitter, blog mahupun sebarang perkara menggunakan nama dan gambar anda dan menerbitkan kandungan yang bertentangan dengan undang-undang serta memfitnah seseorang melaluinya, maka anda akan didapati bersalah, dan perlu membuktikan sebaliknya.

Anda mungkin akan menghadapi masalah sekiranya:
  1. Anda mempunyai blog, dan seseorang pembaca menerbitkan komen, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkan komen tersebut.
  2. Anda mempunyai halaman Facebook Pages, dan seseorang pengguna menghantar komen atau menerbitkan sesuatu pada Wall, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkannya.
  3. Seseorang menggunakan tablet atau telefon pintar anda untuk menghantar sesuatu yang tidak baik, maka anda akan dianggap sebagai yang menerbitkannya.
  4. Seseorang menggunakan komputer anda atau laptop anda untuk menerbitkan sesuatu pada internet, maka anda akan bertanggungjawab atasnya.
  5. Seseorang menceroboh ke talian WiFi anda dan menghantar pelbagai perkara yang bertentangan dengan undang-undang di internet, maka anda akan bertanggungjawab ke atasnya.
  6. dan pelbagai perkara yang berkaitan.
Dalam arena digital dan elektronik ini, semestinya ia boleh dikatakan perkara ini salah satu perkara yang sukar untuk direalisasikan. Apatah lagi memandangkan pada halaman Facebook dan Twitter sesiapa sahaja boleh menggunakan nama dan gambar orang lain, dan berlakon seperti mereka.

Sebagai contoh, pada hari ini, akaun Facebook Pages untuk seseorang artis mahupun ahli politik sahaja, terdapat lebih daripada satu akaun untuk mereka, yang mana dimulakan oleh peminat dan juga penyokong.

Sekadar perbandingan, akaun Facebook milik Najib Razak apabila dilakukan carian, secara kasar, terdapat lebih daripada 10 akaun, sekaligus menjadikan beliau bertanggungjawab terhadap kesemua akaun tersebut sekiranya sesuatu yang tidak sepatutnya diterbitkan, sehinggalah beliau membuktikan sebaliknya.

Jadi, secara ringkasnya, jagalah peranti dan rangkaian internet anda, disamping bertanggungjawab ke atas pelbagai perkara yang dikongsikan di arena internet, supaya ia tidak menyukarkan anda di kemudian hari.

Akta Keterangan (Pindaan) 2012 Berkuat-Kuasa Mulai Esok – 1 Jun 2012

Wednesday 30 May 2012

Weeeee~ (^_^)


Pling pling pling.. Seronoknya..... :D

Hari ini macam hari-hari biasa. Bangun awal dipagi hari dan pergi kerja pada jam 7 pagi lebih. Sampai iPerintis, kerja pun macam biasa. Support users remotely and on site. Dan hari ini aku belajar cara nak log My Geniee.

Sebenarnya sampai sekarang aku masih lagi takde MyGeniee. MyGeniee ni satu sistem dimana tugasan yang diberi oleh HelpDesk untuk menyelesaikan masalah pengguna dan juga untuk rekod segala kerja yang telah diselesaikan oleh kita. Jadi Kak Q bagi ID dengan password dia untuk aku log kan segala kerja yang aku dah buat. Yelah, takkan nak tunggu aku betul-betul dapat MyGeniee baru nak belajar?

Hari ini ada 2 benda best dan 2 juga benda yang tak best yang berlaku. Yang pertama, aku terjatuh dari kerusi masa tengah buat kerja. Bukan terjatuh macam biasa, tapi kerusi tue patah! Adoi.. Malu bukan kepalang. Sampai aku tak tahu samada nak gelak atau diam. Kalau dengan kawan-kawan, memang aku gelak dan diorang sekali gelakkan aku. Tapi dengan supervisor dan kawan baru, jadi diorang tak sampai hati nak gelak kot. Hahaha. Itu benda tak best yang pertama.

Yang kedua dan ketiga pula benda best iaitu ada orang belanja aku makan. Haha. Perut tengah kosong, dalam poket ada habuk je. Mestilah sedap kalau orang belanja. Hehe :P

Yang pertama sekali, aku dapat makan kuih akok. Kak Q yang belanja. Kuih akok ni makanan tradisional Terengganu. AKu pun tak tahu la kalau kat Parit Buntar ada jual tak kuih ni. Yang pasti rasa kuih ni sedap sangat dan manis sangat. Memang kena dengan citarasa aku. Nyummm~!


Tadaa~~ Inilah kuih akok :D

Yang ketiga pula bila balik je hostel, Pok Mat belanja pula makan KFC. Alhamdullilah kenyang.. :) Thank you Pok Mat. Semoga Allah memberi rahmat kat hang sebab belanja orang lapar makan.

Yang terakhir sekali ialah benda yang tak best sekali. Aku sakit perut. Adodoi. Nak buat macammana. Dah tiba masanya perut aku meragam. Malam ni aku tidur awal jelah. Macam hari-hari biasa dek keletihan berulang alik dari TATIUC ke Paka setiap hari.

Syukur atas nikmat yang Allah dah beri. Thank you Allah. ^_^

Saturday 26 May 2012

Pertandingan Boling Tertutup iPerintis 2012


Pertandingan Boling Tertutup iPerintis 2012
Lokasi: Mesra Mall, Kerteh.
Waktu: 9.30 pagi - 12.00 tengahari
Ahli kumpulan: Sazali, Sufi, Faidzullah

Tak tahu apa yang harus aku ceritakan tentang hari ini. Hanya sekadar memori mengenai pertandingan ini dimana aku telah diajar cara bermain boling dengan betul oleh abang Sazali dan juga tentang kumpulan kami telah menang tempat pertama. Sorang satu hamper pula tuh. Alhamdulillah.. Syukur atas rezeki yang Allah berikan.

Dikesempatan ini aku hendak mengucapkan ribuan terima kasih diucapkan kepada Kak Qamarina yang telah belanja aku yuran penyertaan kerana menggantikan dia bermain setelah dia pulang ke kampung. Terima kasih juga kepada Noor Hanisah yang telah memberi semangat untuk aku bermain dan juga sahabat baik, Mat Yan yang teman aku berlatih main boling semalam.

Jutaan juga terima........ BERHENTI !

Ahhh!! Macam baca teks ucapan kemenangan pula aku ni. Sudahlah... Masa tamat. Sambung lagi tahun hadapan ya? ^_^

Saturday 19 May 2012

TATIUC Research & Innovation Exhibition (TARIE)

TATIUC Research & Innovation Exhibition (TARIE 2012)
TATIUC Research & Innovation Exhibition

Bertanding dalam kategori Produk dan akhirnya mendapat tempat kedua. Aku rasa keseluruhan TARIE ni memang bagus tetapi perlu diperbaiki lagi dari segi PA System yang kawal suasana. Tak payah lah nak pasang lagu tak senonoh sangat. Pasang lagu yang elok kan bagus. Isk...

Satu lagi, kategori perlu diperluaskan lagi dan bukan hanya kategori Poster dan Produk. Mungkin juga lebih sesuai kalau Poster dan Produk itu dikelaskan kepada kelas-kelas tertentu seperti bahagian Material, Kimpalan, IT dan apa-apa yang yang dirasakan sesuai.

Daripada 5 bintang, aku berikan 4 bintang. All the best TATIUC! Aku sokong untuk anjurkan lagi pada tahun depan.

TATIUC Research & Innovation Exhibition (TARIE 2012), Terengganu Trade Center, Kuala Terengganu. 18 - 19 Mei 2012.
Presenting my Final Year Project entitled : NetriderSpot Prepaid Wi-Fi.

Tuesday 15 May 2012

Hari Pertama @ iPerintis (15 May 2012)


The Melancholy Of Haruhi Suzumiya | Suzumiya & Kyon Run Away

8.00 pagi
Hari ini aku daftar kat iPerintis Kerteh. Sebelah Mesra Mall je. Nak masuk dalam kawasan Petronas ni, pakaian kita kena kemas. Berkemeja, berseluar slack dan berkasut. Kalau tak menepati etika, polis bantuan dekat pondok masuk tu memang tak akan bagi masuk. Huhu. Dah lah kena tinggalkan lesen. Nasib baik aku tak payah bagi lesen, bagi Student ID pun boleh. Hehe.

8.30 pagi
Aku masuk dalam pejabat iPerintis buat kali pertama. Kak kerani tu panggil aku terus ke tengah-tengah pejabat. Rupa-rupanya ada morning talk. Lebih kurang macam meeting sekejab la. Tapi berdiri la dalam setengah jam kot. Diorang bincang pasal masalah dan perkara berbangkit jer termasuklah mengenai 2 orang intern yang baru masuk.

"Caihhh, aku ingat aku sorang je. Ada lagi sorang rupanya. Perempuan pulak tu. Bagus. Ada jugak kawan. Hehe"

Kejab... Aku bukan gatal okay?! Haha

Selepas habis mesyuarat ringkas, aku melepak je. Tak ada kerja lagi barangkali. Borang maklumat aku dah isi dan beri. Awek tadi tegur aku. Sembang punya sembang, baru aku tau nama Lini. Tetapi dia dah kawin lah. Umur pun 25. Haha. Dia duduk kat Paka. Ahh, persetankannya. Bukan aku nak pergi rumah dia pun. :P

Dalam aku mula menyesuaikan diri, tiba-tiba supervisor panggil. Rupa-rupanya pejabat iPerintis di Petronas Cari Gali tidak memerlukan orang dan kami berdua ditukarkan ke Paka. OMG. Jauh tuh! Namun keputusan itu aku terima dengan redha. Aku ingat kami berdua dapat tempat yang sama, rupa-rupanya dia dapat kat Penapisan Gas, aku pulak kat Petronas Gas. Berdepan je. Huhu.

2.12 tengahari
Aku dah selamat sampai kat pejabat iPerintis baru. Supervisor baru namanya Nik Nur Qamarina. Panggil Kak Q je. OKlah. Orangnya mesra tapi buat masa sekarang nampak sibuk sedikit. Staff kat sini ada 3 orang termasuk Kak Q. 2 orang lelaki. Sorang nama Hafidz dan sorang lagi Aminuddin, panggilan Abang Min.

5.08 petang
Aku meluncur pulang ke TATIUC meskipun perkataan yang sebenar ialah menunggang motosikal ke TATIUC. Hohoho. Masa dikira dan keputusannya ialah perjalanan dari Petronas Gas ke TATIUC mengambil masa lebih kurang 45 minit. (Termasuk trafik light lah..)

Malam.
Tidur awal dek kepenatan dan nak niat suci untuk bangun awal pada keesokkan harinya.

Monday 14 May 2012

Kisah Nasi Lemak Dalam Kehidupan Kita


"Bagusnya kalau dapat kerja pakcik jual nasi lemak itu. Setiap hari pakcik itu kerja 2 jam sahaja, semuanya dah habis dijual."

Ramai yang hanya nampak jualan pakcik nasi lemak yang laris tetapi terlupa pada kisah-kisah di sebaliknya.

Setiap hari, selepas habis menjual nasi lemak, pakcik tersebut perlu membersihkan semua perkakasnya. Kemudian, pakcik perlu pergi ke pasar untuk membeli ramuan-ramuan untuk buka kedai hari esoknya.

Ayam, daging, pedal perlu dipotong dan diperap.

Cili, lada, sambal perlu ditumit secukup rasa, secukup guna.

Semua ini mengambil banyak masa daripada masa menjual.

Setiap hari, pakcik nasi lemak perlu bangun seawal 3 pagi untuk memasak lauk-lauk, nasi dan sebagainya - segalanya perlu dibuat dengan cermat, ramuan mesti dipastikan elok, kerana nila setitik akan rosak susu sebelanga.

Kisah makan ini - bila sedap orang akan teringat, sekali tidak sedap orang akan ingat selama-lamanya. Jadi konsisten pakcik nasi lemak untuk menyediakan segala bahannya untuk mengekalkan kepuasan pembelinya perlu dihayati.

Perkara yang sama turut dilihat pada seorang ibu.

"Anak makcik semua soleh, semua pandai-pandai, berhemah."

Di sebalik ayat itu, tahukah seorang ibu, sejak mengandung kita, tidak pernah ada sesaat pun yang tidak merisaukan kita, walaupun kita dah berkahwin dan beranak-pinak.

Berapa banyak usaha, titik peluh dan darah yang dikorbankan seorang ibu untuk anak-anaknya.

Hargailah kedua-dua ibu dan bapa selagi ada peluang. Ada yang diberikan dan dilakukan mereka untuk kita selama ini tidak tokok bandingnya. Beringatlah pada kenangan yang manis bersama, kenangan pahit dijadikan pengajaran semasa kita menjadi ibubapa untuk anak-anak kita pula.

Quran 17:23-24
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."

Dah berapa lama tak jumpa ayah mak? Sekurang-kurangnya telefonlah sekali seminggu. Ibubapa tidak mengharapkan apa-apa sebenarnya, mereka cuma harapkan kita semua selamat, gembira, bahagia dan boleh SENYUM selalu.

~Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man~

Thursday 26 April 2012

Walk off the Earth - "Somebody That I Used To Know"



"Somebody That I Used To Know"

[Marshall:]
Now and then I think of when we were together
Like when you said you felt so happy you could die
Told myself that you were right for me
But felt so lonely in your company
But that was love and it's an ache I still remember

You can get addicted to a certain kind of sadness
Like resignation to the end, always the end
So when we found that we could not make sense
Well you said that we would still be friends
But I'll admit that I was glad it was over

[Gianni:]
But you didn't have to cut me off
Make out like it never happened and that we were nothing
And I don't even need your love
But you treat me like a stranger and I feel so rough
No you didn't have to stoop so low
Have your friends collect your records and then change your number
I guess that I don't need that though
Now you're just somebody that I used to know

Now you're just somebody that I used to know
Now you're just somebody that I used to know

[Sarah:]
Now and then I think of all the times you screwed me over
Part of me believing it was always something that I'd done
But I don't wanna live that way
Reading into every word you say
You said that you could let it go
And I wouldn't catch you hung up on somebody that you used to know

[Gianni:]
But you didn't have to cut me off
Make out like it never happened and that we were nothing
And I don't even need your love
But you treat me like a stranger and I feel so rough
And you didn't have to stoop so low
Have your friends collect your records and then change your number
I guess that I don't need that though
Now you're just somebody that I used to know

[x2]
Somebody
(I used to know)
Somebody
(Now you're just somebody that I used to know)

(I used to know)
(That I used to know)
(I used to know)
Somebody

:Lyric End:

Performers from left to right:
Joel Cassady
Sarah Blackwood
Gianni Luminati
Marshall
Taylor
Walk off the Earth (WOTE)

Lagu ini sebenarnya cover daripada lagu nyanyian Gotye (feat. Kimbra) - "Somebody That I Used To Know". Unik kan boleh main sampai 5 orang satu gitar. ^_^

Happy Anniversary


Ahmad Sufi - Noor Hanisah
(Yukiteru Amano & Gasai Yuno | Mirai Nikki)

Selamat ulang tahun sayangku. Hari ini sudah genap sudah 5 tahun dan satu bulan kita berkenalan. Aku berdoa semoga kisah kita akan sama seperti kisah lagu ini. ^_^

Tak perlu aku ragui
Sucinya cinta yang kau beri
Kita saling kasih mengasihi
Dengan setulus hati

Ayah ibu merestui
Menyarung cincin di jari
Dengan rahmat dari Ilahi
Cinta kita pun bersemi

Sebelum diijabkabulkan
Syariat tetap membataskan
Pelajari ilmu rumahtangga
Agar kita lebih bersedia
Menuju hari yang bahgia

Kau tahu ku merinduimu
Ku tahu kau menyintaiku oh kasih
Bersabarlah sayang
Saat indah kan menjelma jua

Kita akan disatukan
Dengan ikatan pernikahan oh kasih
Di sana kita bina
Tugu cinta mahligai bahgia

Semoga cinta kita
Di dalam redha Ilahi
Berdoalah selalu
Moga jodoh berpanjangan

Nyanyian Lagu: In-Team

Wednesday 25 April 2012

Aku Dah Sampai Parit Buntar. Yey!


Happy Face

Alhamdullilah.. Aku sampai Parit Buntar jam 4.00 pagi tadi. Balik rumah terus lepak-lepak dulu. Sembang dengan mama sambil teman mama siapkan nasi lemak untuk jualan pagi.

Pagi tadi dalam pukul 10, Nisa datang kat tempat niaga. Kami keluar sekejab cari kasut. Dalam tak sedar, rupa-rupanya aku dah keluar dengan dia sampai pukul 1 tengahari. Lepas tu kami pergi ke stesen bas, ingat nak ke Taiping untuk temankan dia beli tiket bas. Tetapi terpaksa batalkan niat sebab bas tak sampai-sampai. Huhu.

Petang aku just berniaga dengan Solehah. Hm.. Lenguh tangan aku sebab dah lama tak "takek nyoq". Apa-apa pun, perasaan pulang ke kampung halaman memang sangat menyeronokkan! Wah!!! XD

Kepada kakak-kakak dan adikku,

Selamat pulang ke kampung yer? Kami menantikan kamu untuk sampai ke sini pula pada hari Jumaat ini. Semoga selamat pergi dan pulang. Amin. ^_^

Tuesday 24 April 2012

Pulang Ke Kampung Halaman


Balik Kampung | TATI University College - Parit Buntar

Hari ini aku balik ke Parit Buntar, Perak | Kampung halamanku kini. Almaklumlah sudah berpindah kat sana hampir 2 tahun. Jam baru menunjukkan jam 1.15 petang menandakan lagi 2jam setengah untuk aku berehat-rehat dan melengah-lengahkan masa untuk berada di TATI University College ini.

Barang-barang sudah aku kemaskan bermula dari malam tadi lagi. Itupun baru siap kemaskan pukul 11 pagi tadi. Cuma tunggu kunci dari fellow block dan rakan sebilik untuk tolong punggahkan masuk ke bilik stor sahaja, lain-lain sudah siap.

Haishhh... Entah macammana untuk aku sampai ke kampung. Duit dah habis. Yang ada cuma syiling sahaja. Hmm, hentam saja lah labuuu... macam tak biasa pulak. Haha XD

"Bismillahirahmanirahim.. Ya Allah, kau selamatkanlah perjalanan pergi dan pulangkku ini. Amin..."

^_^

Monday 23 April 2012

Final Exam: LAST PAPER!


Muka Gembira Sebab Habis Exam
(One Piece | Monkey D. Luffy)

LAST Paper: Network Management & Administration
Lecturer: Noor Aida Binti Shamsuddin
Difficult Level: Easy
Target Before Exam: A
Target After Exam: A

Wah wah wah...

Pagi tadi memang cukup risau dengan paper ni. Al maklumlah malam tadi tidur awal. Haisshh.. Penyakit tidur awal aku ini memang susah nak ubati. Asal pukul 11 lebih je, mesti dah mengantuk.

Tetapi walaupun nampak tak normal bagi mahasiswa-mahasiswa yang lain (yang mampu bersengka mata tidur lewat), doktor-doktor tempatan dan luar negara telah mengesahkan bahawa ini adalah normal bagi seseorang manusia dewasa untuk tidur dalam waktu ini.

Jadi, aku semenagnya normalah. Yang tak normal tu diorang yang jadi burung hantu. Hahaha.
Okay, aku tahu tak lawak... -_-"

Peperiksaan dah tamat, tetapi perjuangan masih belum selesai. Poster TARIE, here I come !!

Due Date: 23/4/2012 (Today!)
Submit Time: Early in the morning (dah tengahari doh!!! )

Struggle more. Gambatte!!!

Mood: Letih.

Sunday 22 April 2012

Poster, Poster, Poster!


Pening kepala suda~
(Melancholy of Haruhi Suzumiya | Kyon faceplam)

Tadi aku pergi jumpa dengan Akhyari. Aduh! Kena buat poster untuk TARIE lah pulak. Dah lah esok peperiksaan bermula awal. Hm.. Apa - apa pun itu tanggungjawab aku. Nak tak nak, memang kena buatlah.

Tak apa Sufi, gambatee!!!

Wahhhhhhhh... Tawakal sajalah.. Hm.. Nanti kalau dah siap, aku masukkan kat sini sebagai kenangan. Hohoho~

Final Exam: Four Done, One More To Go!


Uzumaki Naruto | From Zero To Hero

Forth Paper: Optimizing Convergen Network
Lecturer: Mohd Tamizan Abu Bakar
Difficult Level: Medium
Target Before Exam: B
Target After Exam: C

Paper kali ini agak susah bagi aku sebab selama satu semester dalam kelas, aku tersangat kurang menumpukan perhatian dekat pensyarah. Biasalah kelas teori, memang bosanlah.

Apa-apa pun, untuk final exam ni aku dah struggle. Insyaallah kot dapat lulus.

"Laaaa... Target lulus jer?!"

Okaylah tu daripada gagal langsung... Haishhhhhh...(-_-)"

All the best Sufi! Gambatte!!

Last "PAYYYYYYYPER!!" is coming... XD

Saturday 21 April 2012

Bacaan Asmaul Husna (99 Nama Allah) Dalam Rumi


Hijjaz - 99 Nama Allah (Asmaul Husna)


Nas-aluka [ perlahan ]
Yaa Man Huwallahulladzii Laa Ilaaha Illaahu
Awarrohmaanur Rohim

Almalikul Qudduusus Salaamul Mu’minul Muhaiminul ‘Aziizul Jabbaar
Almutakabbirul Khooliqulbaariul Mushowirul Ghoffar
Walqohharul Wahaabur Rozzaaqul Fattaahul ‘Aliim

Alqoobidhul Baasithul Khoofidhur Alroofi’ul Mu’izzul Mudhillus Samii’ul Bashiirul Hakamul’adl
Allathiiful Khobiir
Alhaliimul ‘Adhim
Alghofurus Syakuur
Al’aliyul Kabiirul Hafiidhul Muqiit

Alhasiibul Jaliil Al Kariimur Roqiibul Mujiibul Waa Si’ul Hakiimul Waduudul Majiidul Baa’itsus Syahid
Alhaqqulwakiil
Alqowiyul Matiin
Alwaliyul Hamiid
Almuhshil Mubdiul Mu’iid
Almuhyil Mumiitul Hayyul Qoyyum

Alwaajidul Maajidul Waahidus Shomadul Qoodirul Muqtadirul Muqoddimul Muakh Khirul Awwalul Akhiir
Addhoohirul Baatinul Waalil Muta’al Bar Ruttawwaaabul Muntaqimul ‘Afuwwur Roufum Maalikul Mulki Dzul Jalaali Qal Ikroom

Almuqsitul Al Jaami’ul Ghoniyul Mughnil Maani’ud Dhoor Runnaafi’un Nuurul Haadii Badii’ul Baaqii
Alwaaritsur rosyiidus Shobuurulladzi ladza kamits lihi Syaiun Wawas Samii’ul Bashiir

Alloohumma Solli Afdhollas Sholati’alaa As’adi MAkhluuqoo Tika Sayyidinaa Muhammadiwa’alaa alihii
Washohbihii wasallim ‘Adada Ma’luu Maatika Wamidaa Dzakalimaa Tika Kullamaa
Dzakaro Kad Dzaakiruuna Waghofala ‘An Dzikrihil Ghoofiluun.

Thursday 19 April 2012

Final Exam: This Third Paper is KILLING ME!


Klabautermann, semangat kapal memujuk Usopp agar tidak menangis lagi.

Third Paper: Internet Programming
Lecturer: Iliana
Difficult Level: Medium
Target Before Exam: B
Target After Exam: C

Dengan kelegaan paper Calculus semalam, aku rasa lebih keyakinan untuk teruskan final exam. Tetapi keyakinan itulah yang membunuh aku. Memang aku dah rasa macam terlalu selesa. Tetapi keadaan yang letih dan malas menghalang aku untuk belajar.

Ahh, perkara sudah lepas. Cuma yang aku doakan semoga aku lulus subjek Internet Programming ini. Tak tertanggung untuk mengulangi subjek ini tahun depan. Aduh... Itulah.. Benda yang lepas dah tak boleh nak buat apa. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Aku menangis sendiri.

ISLAM : It's Way of Life

Tengok Tangan Diorang: I.S.L.A.M !
Kawaiii~ XD

Wednesday 18 April 2012

Final Exam: Tiada Kerisauan Dalam Calculus Lagi


Hari Yang Indah...~

Second Paper: Calculus
Lecturer: Khairul Bazli
Difficult Level: Hard
Target Before Exam: C
Target After Exam: C

Hari ini aku ada paper Calculus kat ITC-TATIUC (Pupuk Semangat). Dengan semangat yang berkobar-kobar, aku melangkah masuk kedalam dewan. Paper untuk hari ni aku boleh katakan dalam kategori susah yang amat. Alhamdullilah, aku dapat menjawab dengan banyak walaupun tak tahu betul salah lagi. Hm.. Rupa-rupanya Calculus ni bukannya susah sangat pon. Kan indah kalau aku belajar betul-betul sebelum ni? Haha.. Yelah sangat.

Jadi, jangkaan aku adalah untuk dapat lulus dalam subjek ini disebabkan carry mark aku yang sangat rendah dan membuatkan aku berkemungkinan akan ulang pada tahun depan. Adeh.. Mintak simpang 44 orang malaikat lah. Tak kuasa aku bayar yuran hampir RM 1,000 kalau gagal subjek ni. Nauzubillah.

Waktu petang, aku pergi ke bandar Chukai untuk beli tiket pulang ke kampung. Aku pergi dengan Syahiran sebab kebetulan dia nak pergi klinik.

Tiket aku dah beli. Dari TATIUC ke Kuala Terengganu, bas pukul 4 manakala bas Kuala Terengganu ke Parit Buntar pula jam 9 malam. Malam aku lepak je dalam bilik. Diet sikit sebab takde duit. Tetapi rezeki datang bergolek, Khairul datang bawa roti dengan aiskrim. Kenyang lagi malam ini.

Hehehee.. Alhamdullilah.

Tuesday 17 April 2012

Isu Mansuh PTPTN dan PENDIDIKAN PERCUMA

Malas nak cakap banyak pasal benda ni.. Tetapi bila kenang jer, rasa sakit hati la jugak pasal adik beradik penyokong tegar UMNO ni.

Mungkin ada yang tak tahu (atau memang sikap tutup telinga tak mahu ambil tahu), apa yang mahasiswa-mahasiswa berkumpul di Dataran Merdeka. Untuk apa dan demi siapa?

Seperti yang media ceritakan, ianya adalah untuk pemansuhan PTPTN. Lanjutan dari berita separuh itu, maka ramailah yang berkata "dah pinjam duit, tak mahu bayar lah pulak..!". Ada juga yang kata, "kalau nak berdemo sangat, bak balik duit PTPTN yang korang dah guna.".

Aku tergelak baca kenyataan itu. Kata-kata yang dikeluarkan umpama mengatakan duit itu adalah duit menteri atau kerajaan Barisan Nasional. Bukankah duit itu adalah duit rakyat dan Barisan Nasional hanyalah bertanggungjawab untuk menguruskannya?

Sebenarnya mereka yang berkata sebegitu adalah orang-orang yang tak mengkaji keadaan sebenar. Mungkin mereka ada meng"google" tapi tak jumpa apa yang mereka inginkan. Al maklumlah, media sekarang lebih berpusat didalam Facebook dan sudah kurang di dalam medium blogspot.

Sebelum baca dengan lebih lanjut, aku nak beritahu dahulu kepada semua.

INI ADALAH PENDAPAT AKU SAHAJA.

Sunday 15 April 2012

Final Exam: The First Appeared (Computer Forensic)


Mood Final Exam

First Paper: Computer Forensic
Lecturer: Akyari Nasir
Difficult Level: Medium
Target Before Exam: A+
Target After Exam: A


Friday 13 April 2012

Psikologi Islam


Wednesday 11 April 2012

Gempa Bumi !


"Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un"
Printscreen dari Application Earthquake Alert!

Tadi lepas Asar berjemaah di Surau Utama TATIUC, aku dapat mesej dari Mama yang mengatakan ada gempa bumi kat sana 5 minit. Terus aku telefon Mama dengan Solehah tapi tak dapat. Risau jugaklah masa tu. Lepas 10 minit, Solehah telefon balik dan ceritakan.

Rupa-rupanya benda ni terjadi sebab gempa bumi bawah laut di Sumatera, Indonesia sana. Bandar Acheh kemungkinan terjejas teruk memandangkan kawasan tu paling dekat. Utara Malaysia pun merasai perkara yang sama walaupun mungkin tak sehebat mana seperti saudara Islam kita di Acheh merasainya.

"(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhan kamu, lalu Ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut."

Banyakkan berdoa.. InsyaAllah Allah kan makbulkan..

Selepas solat Isyak ada solat hajat dan jamuan makan "Sepetang Bersama PMIT".

^_^

Ziarah Ke Kampung Dadong


Keluarga Islamik. Insyaallah keluargaku jua. Amin.

Alhamdullilah, pagi tadi aku pergi ke rumah Tok Imam a.k.a ayah angkat aku kat Kampung Dadong, Air Putih, Kemaman. Perjalanan mengambil masa 1 jam daripada Chukai. Bermakna jauh jugak lah. Huhuhu. Nasib baik naik kereta Alif Asyraf, kalau moto mau bengkak punggung. Hehe

Ziarah keluarga angkat ni, bagi aku benda yang baru. Seriously aku memang macam tak reti apa-apa. Mujur aku bawak sekali Khairul Asyraf, boleh la dia jadi peneman ayah bersembang. Al maklumlah, aku bukan orang sini. Jenis ayah pulak suka sembang pasal tempat-tempat didaerah Terengganu. Kiranya aku dengan ayah angkat aku ni tak ada common interest lah. :P

Apa-apa pun, terima kasih banyak-banyak kat Khairul Asyraf dan Alif Asyraf yang sudi menemani aku. Tanpa korang, program pagi ni tak dapat berjalan. Hehe.

Monday 9 April 2012

Terbang Ke Negara Matahari Terbit~


Gadis Jepun Yang Bertutur Inggeris

Malam tadi aku bermimpi. Ya, hanyalah satu mainan mimpi namun bagiku ianya indah. Ianya bukanlah mimpi b#### tetapi satu mimpi yang membawa perasaan indah apabila ku bangun dan mengingatinya.

Mimpi ini adalah mengenai seorang gadis berbangsa jepun yang aku temui semasa aku berada di Jepun. Sedangku duduk diam kerna tiada kenalan dan rakan berbual, gadis itu datang dan menegurku. Kami bermula dan menjadi mesra tidak lama kemudian.

Dia sangat comel dan melayanku dengan baik sekali. Setelah beberapa lama berbicara hal diri, dia mengajakku ke suatu tempat. Tempat dimana dia ingin menunjukkan sesuatu.

Aku tertanya-tanya tetapi hanya mengikut jejak langkahnya apabila dia menarik tangan aku. Kami berjalan tidak beberapa lama sehinggalah bertemu dengan sebuah rumah usang. Dia menyuruhku jalan di hadapan untuk memasuki rumah tersebut.

Aku melihat rumah itu yang begitu usang dan mengintai keadaan dalam rumah itu semasa kami berjalan. Rumah itu penuh dengan barang antik. "Takde pencuri ke yang nak curi barang kat rumah ni?", hati aku berbisik.

"HAHAHAHAHAHA..", terdengar suara misteri ketawa.

Aku toleh kebelakang dan ternampak gadis itu berlari meninggalkan aku.

Dia berlari-lari sambil berkatakan sesuatu yang tidak jelas butir katanya.

Aku bingung.

Mengapakah dia mengumpanku kesini? Adakah dia mempunyai niat lain atau dia adalah seseorang yang tak siuman? Dan siapakah empunya suara misteri yang ketawa itu???

Misteri itu tak terjawab sehingga ke hari ini... Kekal sebagai misteri.

p/s: Mimpi indah aku bertukar menjadi mimpi ngeri. Aduhai. :P

Saturday 7 April 2012

Kalau Tak Ikhlas, Baik Tak Payah Buat!


Gambar dari Koleksi Printscreen Jawapan UAI

Assalamualaikum wbt..

Perkara yang ditanya kepada UAI seperti diatas adalah ayat lazim yang sering kita dengari apabila melibatkan pekerjaan seseorang yang melakukan dalam keadaan bebal. Bebal ni kiranya macam buat kerja sambil berleter, macam mahu tak mahu je dan memang kelihatan seperti paksa rela.

Seperti yang kita boleh baca kat atas itu, UAI kata bahawa itu adalah cara bagi syaitan untuk menghalang kita daripada berbuat kebaikan. Jadi jadikanlah ini sebagai peringatan wahai Ahmad Sufi Ahmad Asri. Semoga apa yang dilakukan sentiasa mendapat keredhaan-Nya.

Aku teringat kisah dimana seseorang yang aku kenali berkata, "Kita ni kalau sembahyang tapi tak sempurna, Allah akan suruh malaikat lempar kembali amalan tu kat muka kita. Jadi lebih baik tak payah sembahyang."

Nauzubillah. Jauhkanlah kami daripada menyebut perkataan itu. Takutt... Sesungguhnya itulah caranya syaitan berbisik kepada kita untuk menghalang kita daripada berbuat kebaikan.

Peringatan kepada semua dan diri saya sendiri:

"Jika kita ingin menjadi seseorang yang beriman, bergaullah dengan orang yang beriman dan mulakanlah solat berjemaah."

Mudah-mudahan doa kita dimakbulkan. Amin.

Thursday 5 April 2012

Pantun Untuk Aman Kampus

Bukan nak mengata tapi sudah nyata.
Sebab semua bukti dah ada depan mata.
Sebelum terkena diorang suka,
Bila tak disokong hati diorang mula terluka.

Bila terluka mulalah berkata
"kami bagi baju tu bukan saja-saja".
"Kami bagi makan bukannya sia-sia"
last-last PMI jugak dapat nama,
Pro Mahasiswa? Kat TATIUC MANA ADA?!
Apa diorang ni terdesak sampai tahap macam ni ka?

Itu cerita hari ni, belum masuk esok lagi.
Hari ni Aman kampus ke mana,
Esok sukaneka pula kemana.
Last2 semua terduduk terdiam tak terkata.

Bila Aman Kampus gagal,
TATIUC pulak naik nama.
Naik kat rektor, kat YB pun sama.
Bila student tak ikut diorang kata derhaka.
Apa diorang menganiaya, diorang dikecualikan masuk neraka?

Ingatlah kalau kat sini tak ada apa,
kat akhirat nanti pasti akan kena.
Bukan nak menakut2kan mereka,
cuma peringatan untuk kita dan juga mereka.

Oh Aman Kampus!
Datangmu tak dijemput,
pemergianmu disambut.
Selamat tinggal selamanya!
Usah datang lagi kesini ya?

Ya allah, lindungilah kami semua daripada kejahatan ini. Amin.

p/s: Pengalaman menghadapi karenah Aman Kampus untuk buat aktiviti. Sebelum forum bermula, diorang kata tak ada unsur politik. Hanya kebijaksanaan. Tetapi lain yang jadi. Huhuhu. Apalah nak jadi dengan BN. Dah tak ada benda lain ke nak buat?

Tuesday 3 April 2012

Selamat Hari Jadi & Selamat Hari Pembentangan !


Selamat Hari Jadi Ahmad Sufi Bin Ahmad Asri

Eh?! Tak malu ke ucap Selamat Hari Jadi kat diri sendiri? Hahaha. Biasalah tu. Kalau bukan diri sendiri, siapa lagi? Well, ada juga orang lain yang ucapkan kat aku. Mama, Solehah, Kak Ilah, Kakjan dan semua yang tahu birthday aku hari ni. Annyss Anyyssa pun ada jugak. :) Itu tak masuk lagi dalam Facebook lagi. Habis penuh wall aku. Hehe.

Apa-apa pun, hari ni juga hari yang penting bagi budak-budak kelas aku iaitu hari Presentation Final Project. Alhamdullilah, semua dapat present dengan baik. Tak ada masalah. Lega rasanya hati.


Project: NetriderSpot Prepaid Wi-Fi System

Lepas present, kami satu kelas pergi makan nasi kukus di Chukai. Yang paling popular semestinya kat Nasi Kukus Hospital. Sebenarnya kedai nasi kukus tue dekat dengan hospital Chukai, bukannya dalam hospital. Jadi melekatlah nama kedai itu dengan nama Nasi Kukus Hospital walaupun kedai tu ada nama sendiri. :P

Bila dah habis makan, baru mula rasa sedih. Yelah, tak lama lagi Nadiah dah nak pergi Jepun. Lepas tu semester depan dah pratikal. Habis dah tak jumpa semua. Pejam celik pejam celik, sudah hampir 2 tahun berlalu. Hmm... Memori ini....

Apa-apa pun, terima kasih ye Cik Siti Wani sebab nyanyikan aku lagu hari jadi. Hehe. Ada juga kenangan aku yer dengan kau? XD

Wednesday 28 March 2012

Si Sombong Yang Hanya Tahu Bercakap


Kalau Aku Nak Mengamuk Macam Son Goku Boleh Tak? Grrrr..!

Jika tak hendak menolong,
Tak perlu pun memberi alasan,
Kerna bukan ku paksaan untuk membantuku.

Jika aku tersalah cara,
Tegurlah dan betulkanlah caraku,
Andai engkau ikhlas dihati,
Dan ingin membantuku.

Jika sekadar hanya pandai berbicara,
Tanpa ada teguran dan nasihat,
Percayalah ~
Kamu adalah SAMPAH dimataku.

Jangan jadi orang tak serupa bikin.
"Ringan dimulut, berat di punggung."

Kisah bermula...~
Aku minta tolong orang dalam group mengenai tempat praktikal aku. Tiba-tiba ada dua ekor mamat ni komen .

Dia kata: "Identiti pun kabur, nak tolong macam mana?"

Jadi aku pun tanyalah, apa masalahnya? Semua maklumat dah diberikan kan? Suruh carikan mana-mana syarikat yang ambil budak praktikal je, bukannya rekomenkan aku masuk mana-mana syarikat.

Bila dah aku tegur dan dia termalu, mulalah komen pelbagai. Cara tak sesuailah, itulah, inilah. Bila aku minta dia tegur aku dan ajar cara yang lebih sopan (dari pandangan mereka), dia suruh pergi belajar berkawan dengan manusia dulu.

Aduhhh... Aku dah minta tolong secara sopan kot? Masalahnya kalau tak nak tolong sudahlah. Ini banyak songeh pulak. Entah ikhlas atau tidak hendak tolong? Entah-entah saja cari pasal je. Huhu

p/s: Geram dengan orang yang sombong tak mengaku, tapi tuduh aku pulak yang sombong. SAMPAH betul.

Tuesday 27 March 2012

Selamat Hari Jadi Siti Syazwani !


Selamat Hari Jadi Siti Syazwani binti Jusoh

Aku rasa tak payah cerita banyak-banyak pun. Baca tajuk pun kita dah boleh paham kan? Jadi aku nak terus bagi ucapan je kat dia.

"Selamat Hari Jadi Siti Syazwani,
Semoga panjang umur dan murah rezeki,
Ingat bila dah kahwin nanti,
Janganlah lupa ajak makan kenduri."

Terus terang, aku tulis dalam ni sebab aku malu nak ucap kat dia. Ntah apa punya perangai pelik aku ni. Benda-benda tak penting, boleh pulak cakap. Benda yang penting macam ni dibuat diam pulak. Akhir sekali, blog ni jugak jadi tempat luahan perasaan. Hm, mungkin sebab aku malu dengan dia kot.

"Ceh, malu apa? Dah 2 tahun dah pun satu kelas!"

Seriously dan aku sedar, aku memang lelaki yang pelik......... (-_-)"

p/s: Ada 2 orang lagi yang bakal sambut hari jadi. Siapa? Jeng jeng jeng...

Sunday 18 March 2012

Tak Mau Lah.. Tak Mau Lah...

Komik Pendek

Perangai sesetengah orang perempuan apabila lelaki nak ambil gambar. Layan dulu beb! XD


Memang ada yang betul-betul tak mahu. Tetapi ada juga yang memang "malu tapi mahu". Hehehe.. Sekadar santai di tengahari.

Sunday 11 March 2012

Din Belanja Makan. Yahuuu~


Lokasi: KFC Kijal
Sumber gambar: Dari facebook Azri. Hahaha

Alhamdullilah. Malam ni aku murah rezeki sebab Najmuddin belanja kami sekelas makan KFC. Kalau tak silap aku, dia belanja sebab dia niat dalam hati andai Final Project dia berjaya configure, dia nak belanja. Nampaknya Din dah tunaikan niatnya. Apa-apa pun, terima kasih sebab menjemput aku untuk meraikan kejayaan hang. Semoga hang lebih murah rezeki hendaknya. Amin. :)

Gambar ni akan jadi kenangan aku dengan diorang. Sebab semester dah nak habis, ditambah pulak tak lama lagi Nad dah nak fly ke Jepun untuk practical. Hmm.. Walaupun Kak Mizah dengan Wani takdak malam tu, tetapi sekurang-kurangtnya kenangan aku dengan Nad ada lah jugak. Haha. Dalam gambar ni takda si Azri sebab dia tukang tangkap gambar. LOL.

Thanks guys, you give me one new and nice memory to remember. XD

Thursday 8 March 2012

Kewajiban Seorang Muslim Atas Saudara Muslimnya


Bersatu Diatas Nama ISLAM !

Dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Hak kewajiban seorang muslim atas muslim lainnya ada lima.

1) Menjawab salam.
2) Menjenguk yang sakit.
3) Mengantar jenazah.
4) Memenuhi undangan.
5) Mendoakan orang yang bersin.

(Muttafaq ‘Alaih)

Monday 5 March 2012

Pantun Facebook



Dua minit sekali keluar post dia,
Sampai nak ke jamban pun di cerita,
Dia ingat kawan-kawan nak tahu agaknya,
Dia tak tahu kita yang muak membaca.

Ada pulak yang marah tak kena masa,
Line internet problem pun nak di marahnya,
Keluarlah ayat macam tak tiada agama,
Tapi sesekali judge book by its cover ya?

Tak kurang jugak yang bicara hal agama,
Walau tak banyak tapi berguna,
Buat peringatan kengkawan yang alpa,
Moga teknologi tak salah guna.

Yang lain pula asyik duk like saja,
Tak kira ape post tak kira siapa tuannya,
Ada kala tak baca pun isi cerita,
Yg penting like dia mesti ada.

Yang lagi satu cerita hal cinta,
Bergambar profil macam da kompom itu laki dia,
Mula la keluar ayat manis dari gula,
kita tengok lagi sehari kecewa ke gembira.

Ada yang tulis suka suka ,
kadang mengarut kadang berduka,
Mencari kenalan sekadar teman bicara,
Mana la tahu sangkut sorang dua?

Tulah dia FB punya angkara,
Ada baik ada buruknya,
Elok dipakai elok la dia,
Tepuk dada tanya selera.

(^_^)
::Sumber dari alam maya::

Saturday 3 March 2012

Hadiah Istimewa Daripada Saura Asuna


Tajuk Lukisan: "Run Away After Take The Swords"

Yoshhh! Hari ni aku dapat hadiah istimewa daripada junior aku, Nur Syuhadah namanya. Lukisan Roronoa Zoro versi chibi. Perhh.. Giler comel sebab dalam bentuk chibi. Lukisan dia pun lain daripada yang lain. Memang unik lah. Hehe (Mood: seronok sebab dapat barang FREE :P)

Sebenarnya ia bermula sekadar daripada request memain jer dalam facebook, lepas tue aku offline dan terus tidur. Esok dalam bas tiba-tiba je dapat terus. Wah wah. Rasa terkejut la juga. Tapi dengan perasaan malu-malu, aku pun ambil walau hakikatnya aku tunjukkan perangai aku yang nampak memang tak malu. Haha.

Apa-apa pun, saya nak ucapkan ribuan terima kasih kat Nur Syuhadah sebab sudi lukiskan saya Roronoa Zoro. Awak memang terbaiklah.

Untuk senangkan sesiapa yang membaca blog aku ni untuk tengok web dia, aku sertakan link kat sini. Silalah jenguk yer. Kalau berminat, bolehlah upah dia lukiskan. Hehehe.

Saura Asuna Deviant Art

Arigatou Gozaimas Syuhadah-Chan.. XD

Thursday 1 March 2012

What Has ONE PIECE Taught Me



Terharu bukan? ^_^
Terkenang pulak aku kat BlogZoro.com.. Hehe

Monday 27 February 2012

Tentang Jurusan Yang Aku Ambil Di TATIUC [ 2 ]

Bachelor of Computer Science (Networking & Security System)
Faculty of Computer, Media & Management Technology
TATI University College, Kemaman, Terengganu.

Saturday 25 February 2012

Nurul Lya Balqis: Tiada Masalah Dengan Nama Itu. ^_^


Nurul Lya Balqis Adalah Nama Adik Aku

Tuesday 21 February 2012

Tentang Jurusan Yang Aku Ambil Di TATIUC [ 1 ]

Bachelor of Computer Science (Networking & Security System)
Faculty of Computer, Media & Management Technology
TATI University College, Kemaman, Terengganu.

Monday 20 February 2012

Kisah 7 Wanita Bertanya Dan Seorang Lelaki Menjawab


Beautiful Eyes Represent How And What They See...~

Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

Keluhan remaja perempuan A:

“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:

“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:

“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Sunday 29 January 2012

Al-Kisah Duit Terkoyak


OMG! Duit Terkoyakkkkkk...~

Tadi masa beli nasi tengahari, aku ada terdengar perbualan orang.

"Eh duit kertas ni terkoyak lah. Boleh pakai ke duit nie?"

Aku ingat nak je menyampuk tadi kata duit tu boleh pakai, tapi kalau tiba-tiba je menyampuk, orang marah pulak nanti. Jadi aku senyap je lah. Huhuhu.

Yang sebenarnya, duit terkoyak tu boleh dipakai lagi SELAGI tidak terjadi apa2 kepada nombor dan muka agung. Tak kiralah samada terkoyak atau terconteng sedikit. Kalau terkoyak kat mana2 bahagian duit, just pakai pelekat soletap je dah siap. Laku even nak tukar dengan bank sekali pun.

Ini contoh gambar yang aki cilok dari blog orang. Sorry yer owner blog Sekadar Suka-Suka. Aku ambil gambar free dari Google jer nih. :P


Contoh duit yang terkoyak


Cara nak baiki senang je. Ambil solatape
dan sambungkan dua bahagian tu balik. Senang! XD


Siap sudah....~

jadi kepada semua orang yang pernah dapat duit koyak, janganlah takut ok? Ada yang sanggup dah sampai rumah, pergi balik kat kedai semata-mata nak bagi duit kat kedai. Alahai. Kesiannya.

Tetapi INGAT ! Hanya duit koyak yang ada bahagian sahaja yang boleh disambungkan semula. Jangan pula lain-lain bahagian disambungnya. :)

Yang bawah ni pulak duit yang tak laku. Gambar duit tak laku ini telah dicilok daripada blog Aku Hidup Dalam Misi.


Dilarang gabungkan duit jadi macam ni.
Malaysia Tak ada duit RM6 ok?


Duit ni pulak tak laku sebab bahagian nombor siri hilang.
Kalau bahagian lain masih boleh diterima pakai.

Lagi jenis duit tak diterima ialah:
1) Muka Agong diconteng (terconteng sikit tak apa, asalkan jangan saja-saja pulak)
2) Nombor siri diconteng atau terkoyak

Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...