Hari ini boleh dikatakan bosan bagiku sebab tak banyak kerja yang aku buat di pejabat. Alahai, kalau banyak kerja penat, kalau tak ada kerja bosan pula. Hehe. Setiap perkara ada naik dan turunnya kan?
Anyway, syukur Alhamdullilah sebab tengahari tadi ada hamba Allah yang belanja staff iPerintis makan Pizza Hut. Kenduri sempena nak buat umrah kalau tak silap. Aku yang intern ni kira dijemput juga lah. Pucuk dicita, ulam yang datang. Aku pun pergi jelah. Hehe. Syukurlah, semoga perjalanan pergi dan pulang kamu dirahmati Allah swt kehendaknya wahai si pemberi makanan. Mudah-mudahan, amin.
Petang tu lepas habis je kerja, aku terus ke Paka. Niat hati nak pergi awal untuk tinjau keadaan kat sana sebelum aku ke kuliah magrib tetapi hujan ditengah jalan. Habis basah kuyup. Akhirnya aku duduk kat Masjid Pinang Merah tu sambil menunggu baju kering. Segala yang berlaku ada hikmahnya dan mungkin hikmahnya ialah aku dapat duduk di barisan depan saf untuk solat. *Tersenyum*
Untuk kuliah malam ni, Ustaz Azhar datang lewat sikit sebab jalan sesak dan sampai dalam pukul 8.10PM. Sememangnya ceramah Ustaz Azhar Idrus sememangnya menarik. Tajuk kuliah malam tu ialah "takutkan mati" walaupun sebenarnya tajuk itu adalah rekaan aku sendiri kerana UAI sebenarnya mengajar kitab pada malam tu. Ahh.. Asalkan aku ingat apa yang disampaikan. Hehehe.
Lepas habis kuliah dan solat Isyak, aku tunggu sekejab dalam masjid. Niat nak bergambar tapi segan. Dalam kekalutan UAI nak pulang kerumah cepat, sempat lagi Ustaz bergambar dengan ramai peminat-peminat dia dalam masjid. Aku tak lepaskan peluang salam dan cium tangan ustaz. Mama pernah berpesan, kalau jumpa dengan alim ulama', ciumlah dan peluk mereka kerna mereka adalah pewaris nabi. Mudah-mudahan dapat pahala dalam mengasihi orang alim ulama' ni.
Untuk penutupan malam itu, aku berpeluang menyaksikan keadaan logi Petronas Gas Berhad, Kerteh yang cantik. Mungkin ianya biasa bagi orang yang banyak kali melihatnya tetapi bagi aku, bangunan-bangunan yang cerah disinari lampu serta nyalaan api yang marak dari tiang gas membuatkan aku teruja. Haha. Bukan aku sahaja malah beberapa buah kereta juga berhenti dan bergambar. It's truly awesome !!
Insyaallah satu hari nanti bila berpeluang, aku akan datang ke PGB sekali lagi untuk mengambil gambar dan pastinya ketika itu dengan kamera DLSR aku sendiri. :)
No comments:
Post a Comment