Pages

Sunday 29 January 2012

Al-Kisah Duit Terkoyak


OMG! Duit Terkoyakkkkkk...~

Tadi masa beli nasi tengahari, aku ada terdengar perbualan orang.

"Eh duit kertas ni terkoyak lah. Boleh pakai ke duit nie?"

Aku ingat nak je menyampuk tadi kata duit tu boleh pakai, tapi kalau tiba-tiba je menyampuk, orang marah pulak nanti. Jadi aku senyap je lah. Huhuhu.

Yang sebenarnya, duit terkoyak tu boleh dipakai lagi SELAGI tidak terjadi apa2 kepada nombor dan muka agung. Tak kiralah samada terkoyak atau terconteng sedikit. Kalau terkoyak kat mana2 bahagian duit, just pakai pelekat soletap je dah siap. Laku even nak tukar dengan bank sekali pun.

Ini contoh gambar yang aki cilok dari blog orang. Sorry yer owner blog Sekadar Suka-Suka. Aku ambil gambar free dari Google jer nih. :P


Contoh duit yang terkoyak


Cara nak baiki senang je. Ambil solatape
dan sambungkan dua bahagian tu balik. Senang! XD


Siap sudah....~

jadi kepada semua orang yang pernah dapat duit koyak, janganlah takut ok? Ada yang sanggup dah sampai rumah, pergi balik kat kedai semata-mata nak bagi duit kat kedai. Alahai. Kesiannya.

Tetapi INGAT ! Hanya duit koyak yang ada bahagian sahaja yang boleh disambungkan semula. Jangan pula lain-lain bahagian disambungnya. :)

Yang bawah ni pulak duit yang tak laku. Gambar duit tak laku ini telah dicilok daripada blog Aku Hidup Dalam Misi.


Dilarang gabungkan duit jadi macam ni.
Malaysia Tak ada duit RM6 ok?


Duit ni pulak tak laku sebab bahagian nombor siri hilang.
Kalau bahagian lain masih boleh diterima pakai.

Lagi jenis duit tak diterima ialah:
1) Muka Agong diconteng (terconteng sikit tak apa, asalkan jangan saja-saja pulak)
2) Nombor siri diconteng atau terkoyak

Sekian.

Thursday 26 January 2012

Bertengkar Dengan Si Bodoh Sombong


Habib Ali Al-Jufri: Bilakah Kita Akan Berjumpa?

Imam Shafie pernah berkata: "Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah berhujah dengan seorang yang jahil kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu."

Hari ini aku bertengkar dengan seorang perempuan. Perempuan yang aku sendiri pun tak tahu bagaimana untuk menerangkan. Al-kisah bermula apabila dia marah kerana kesalahan orang lain, lalu dikaitkan dengan seluruh orang. Yang semestinyalah ada kaitan dengan aku. Kalau tak ada kaitan, masakan aku terasa dan menegurnya.

Maka dengan perasaan suci dan murni, aku pun menegur dengan nada gurauan. Tetapi malangnya tidak diendahkan malah dimarahi aku kembali dengan kata-kata yang menyakitkan hati. Sudahlah aku dah panas dengan kata-kata dia, ditambah pula dengan perisa tambahan, maka berbalahan pun bermula.

Aku bukannya nak menang sangat pun. Sebab niat aku just nak perbetul je. Kalau tak nak terima sudahlah, bukannya aku paksa. Tetapi perangai orang jahil ini bukan sahaja tidak akan mengaku salah, malah akan buat apa sahaja untuk menang. Dia akan putar sehingga kenyataan dia betul. Ada yang sanggup halalkan yang haram semata-mata nak "buktikan" diri itu "suci" dari kesalahan.

Tetapi sifat orang jahil dan ego ni sesuatu yang obvious. Sebab aku dah undur diri dan cakap elok-elok. Tetapi mungkin nampak macam aku ni menang kot, terus di delete status dia. Ingatkan dah habis, berdendam pulak. Sanggup pula printscreen dan hebahkan kepada semua orang tentang perbahasannya.

Kata dah printscreen semua ayat, tapi upload dalam facebook sekeping dua sahaja gambar? Haha.. Itu pun untuk point yang nampak dia menang. Bila dicabar letak semua gambar, dikatakan aku akan dimalukan pula. Oh, aku yang malu atau kamu yang takut malu? Bukankah upload pertengkaran kita difacebook sesuatu yang sudah memalukan? Alang-alang tu, kenapa tak upload semua. Biar semua adili. Betul tak?

Wahai manusia, susah sangatkah hendak mengucapkan "Terima Kasih" dan "Aku minta maaf"?
Ataupun sekadar ayat "Oppss.. Aku tersalah/tersilap"?

Dan andai kata anda sudah kalah dalam perdebatan, diamkanlah diri atau pergi dari tempat itu. Itu lebih baik daripada bertahan dan cuba menegakkan benang yang basah dengan hujah-hujah merepek dan memalukan.

Ya Allah Ya Tuhanku, jauhkanlah kami daripada KEJAHILAN (Kebodohan).

"Hanya manusia yang egonya terlalu tinggi yang tidak akan pernah mengaku kesalahannya sendiri." -Sang Musafir Hina; Ahmad Sufi Bin Ahmad Asri-

Wednesday 25 January 2012

Hukum Menggunakan Gambar Wanita Tak Tutup Aurat


Gambar dari Koleksi Printscreen Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus (Original)

Assalamualaikum wbt..

Seperti yang kita boleh baca kat atas itu, Ustaz Azhar Idrus (UAI) telah mengatakan bahawa HARAM MENGGUNAKAN GAMBAR WANITA TIDAK MENUTUP AURAT SAMADA TUANNYA MENGIZINKAN ATAU TIDAK.

Ini juga termasuk untuk apa jua sebab sekalipun seperti untuk profile Facebook, upload kedalam blog, simpanan untuk suka-suka dan segala-galanya kerana ianya termasuk dalam perbuatan menyebarkan aurat wanita.

Aku nak ulas panjang pun tak boleh sebab aku tak punyai ilmu yang banyak. Namun sudah memadai untuk aku kongsikan kepada semua agar perintah ini dapat difahami oleh semua orang.

Insyaallah. Sebarkanlah ilmu demi mendapatkan rahmat daripada Allah.
Mudah-mudahan. Amin...

Sunday 22 January 2012

Mutiara Kata



"Sungguh kita telah dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Kalau kita mencari kemuliaan selain Islam, pasti Allah akan menghinakan kita."
- Sayyidina Umar al-Khattab -

Thursday 19 January 2012

Kisah Rasullullah Dan Sebiji Limau


Kisah Rasullullah Dan Sebiji Limau~

Suatu hari Rasulullah s.a.w didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah s.a.w seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah s.a.w akan menjemput para sahabat makan bersama apa yang diterimanya, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah s.a.w terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah s.a.w itu.

Lalu mereka bertanya mengapakah Rasulullah tidak menjemput mereka makan limau yang nampak sedap itu. Dengan tersenyum Rasulullah s.a.w menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah s.a.w. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah s.a.w.

p/s: Adakah akhlak kita semulia Rasulullah SAW? Marilah kita ikuti sifat menghargai dan menghormati yang ditunjukkan oleh Nabi Junjungan kita ini. Semoga kita semua akan bersama baginda di akhirat kelak. Sesungguhnya Rasullullah SAW adalah contoh peribadi yang mulia.

Monday 16 January 2012

Catatan Harian


Monday Blues....

Hari ini aku ingat kelas Calculus tak ada. Al-maklumlah aku dah labelkan pensyarah baru nie dalam kategori pemalas sebab dah minggu ketiga pun masih tak mula kelas. Aku ingatkan dia nak cuti sampai minggu depan sampai ke Raya Cina.Tetapi tiba-tiba pula si Nad hantar sms kat Din kata ada kelas. Cis.. Baru ingat nak melepak dalam bilik. Haha

Jadi selepas aku ambil borang memohon bas kat HEPA, kami pun pergi ke Blok Akademik dengan penuh debaran. Nama pun pensyarah baru kan? Jadi rasa misteri samada dia tue lelaki atau perempuan. Tup tap tup tap, bila dah sampai kelas, rupa-rupanya lelaki. Alahai. Tak semangat terus nak belajar. Haha.. tak adalah. Apa yang penting ilmu sampai lepas tue tak ada subjek yang kena ambil selepas Internship. Kalau tak memang letih lah.

Dalam pukul 5 petang lebih selepas kelas encik Tamizan, si Asyraf ajak pulak pergi Giant. Nak beli barang katanya. Aku cakap aku malas nak pergi. Ada kerja sikit. (Kerja apa pun aku tak tahulah. Haha ). Nasib baik Si Syahiran boleh gantikan. Jadi aku terselamat. Yes!! Alang-alang tue aku pesan kat dia suruh belikan air. Aku ingat nak suruh belikan sekali tuala Good Morning, tetapi terlupa pulak. Tak apalah. Lain kali boleh beli lagi.

Akhirnya dalam pukul 7.30 malam, Asyraf dengan Syahiran pun balik. Aku tengok Asyraf beli air Oren.

"Wei, bukan aku order air Sarsi ka?"

"Air Sarsi takdak. Kan hang kata kalau tak ada Sarsi beli Oren?! Isk....."

"Hehehe.. Aku terlupa. Opss.. :P "

Nak dijadikan cerita, malam tue aku kenyanglah makan kentang putar dengan kentang Wedges yang diorang beli dan goreng pakai periuk nasi aku tue.. Perhhh.. Kenyang gila -gila. Dah la melahap nasi dengan sardin pukul 6.00 petang tadi, malam makan lagi.

Alhamdullilah. Inilah yang dikatakan rezeki. Hari ini diorang belanja. Lain kali aku pula. Akhirnya, aku tidur dalam kekenyangan. Terima kasih wahai sahabat. :)


Saturday 14 January 2012

8 Hari Menyepi


Senyum, Tak Perlu Kata Apa-Apa~

Lepas je aku buat diari nie minggu lepas, terus aku tak buka-buka sampailah hari ini. Tetapi hari ini berbeza. Aku rasa teringin nak sambung balik diari aku ini. Bak kata dalam bahasa jepun, "Watashinonikki".

Eh.. Macam menarik lah pulak kalau aku buat ayat ni jadi nama blog aku. Hahaha.. Aduhai. Semuanya gara-gara "Mirai Nikki". Manga (sebutan bagi komik dalam bahasa jepun) yang memang buat aku tersentuh bila baca. Manga "Mirai Nikki" nie memang manga yang menarik. Nak cerita dalam ruang ini ke? Tak perlulah kot. Sebab ini adalah Diari Atas Talian aku. Mungkin lebih baik aku catatkan apa yang aku buat je sepanjang beberapa hari lepas ni. Itu pun apa yang aku ingat lah. :)

Hari ni macam biasa aku bangun dengan penuh semangat. Cuaca hari ini berbeza sebab tak hujan.

"Tak hujan? Yey!!! Hari nie boleh basuh baju......!".

Tetapi malangnya aku jadi malas pastu aku ambil keputusan untuk basuh dalam pukul 10 nanti. Hahaha.

Pukul 10, aku pun jalankan operasi membasuh baju. Timba kelabu kesayangan aku yang sarat dengan baju aku bawa ke mesin basuh.

"Aisyehman, ada orang lah pulak..".

Tak apalah, pergi bilik gerakan PMIT dululah. Install software printer yang Azri suruh dulu. Lepas tue basuh je kain.

Alkisah selepas je aku basuh kain baju, tiba-tiba je cuaca kembali seperti sediakala (hujan balik). Tetapi tak kisahlah sebab aku boleh sidai dalam bilik kosong sebelah rumah felo. Bilik tue aku yang buat sidai baju dulu. Tiba-tiba je felo tue boleh sidai baju dia pulak. Cis. Tapi tak kisahlah. Aku tolak je baju diorang sebelah. Sidai baju aku dan siap !!! Yey! ^_^

"Watashinonikki"

Friday 6 January 2012

Online Diary / Diari Atas Talian


Hooray!!!!!

Alhamdullilah.

Selepas berjam-jam mengadap komputer, akhirnya siap jugak aku daftar blog untuk diari aku ni. Bukan apa, mula-mula aku ingatkan nak buat awal. Tetapi baru teringat yang selepas Isyak ada gotong royong kat Biik Gerakan PMIT kat Pusat Pelajar.

Lepas sampai bilik, aku pergi lepak kat bilik Mat Yan. Ingat nak pinjam mouse je, tapi terus sangkut main gitar. Hehehe.. Lama tak main kot. Akhirnya dapat jugak main 2-3 lagu. Itupun dah terketar-ketar main sebab dah tak reti.

Jadi atas pukul 12 malam, operasi pun bermula. Bak kata pepatah melayu, "Sambil menyelam, minum air", aku pulak sambil buat blog, main facebook. Hahaha. Aduyai oi! Memang lah lambat nak siap! Siap buat pun nak dekat pukul 4 pagi.

Tapi kalau nak ikutkannya, sepatutnya aku buat blog diari ni sebelum tahun baru. Tapi al maklumlah macam-macam berlaku, terpaksa buat hari ni. Jadi hari-hari yang aku dah terlepas selama 5 hari ni, aku akan tulis semula bila ada masa nanti. Itupun kalau ada masalah lah. :P

Hm.. Mungkin ada perkara yang akan aku tak ingat nanti. Tapi tak apalah. Yang penting ada sesuatu kenangan yang aku ingin catatkan untuk kenangan masa akan datang nanti. Kan? :)

Wednesday 4 January 2012

Kasut, Heater Dan Periuk Nasi


Aku suka anime. Kamu suka?

Hari ni aku pakai kelas pakai kasut Syahiran. Huhu. Nasib baiklah dia ada bengkel hari ni, dapatlah aku guna kasut dia. Lepas habis kelas, aku pergi bayar baki yuran dengan duit yang aku ambil kat ATM luar semalam. Lepas selesai, aku pergi Mesra Mall untuk beli lagi beberapa barangan lagi. Hehehe. Hari ni aku ada bujet lebih. Yahuuuu!!

Kasut, heater dengan periuk nasi!
Settle!

Akhirnya aku dah beli apa yang patut. Lega rasa hati :)

p/s: Hari ni Zamri datang rumah. Hm..

Tuesday 3 January 2012

Selesaikan Apa Yang Tertangguh


Berlari Mengejar Mimpi~

Semalam lepas sampai TATIUC, aku keluar berjalan dengan Big Bro kejab. Biasalah orang ada duit, tengah letih-letih pun masih boleh jalan. Berbeza dengan takda duit. Tengah sihat pun jadi lembik. Hehe.

Takda apalah sangat. Aku keluar pergi minum-minum kat kedai Kak Su je. Lepas minum, aku pergi bayar yuran pengajian sikit. Elok sangatlah. Baru keluarkan duit sikit, ATM dah habis duit kertas RM50. Kira nasib aku lah kot dapat keluarkan duit tadi.

Tak lama selepas tue si Khairul ajak aku pergi Chukai pula. Baiki handphone katanya. Sejam jugak la menunggu. Dalam masa tunggu tue, sempat jugak aku survey periuk nasi, heater dengan kasut. Boleh tahan lah harga. Hm.. Fikir punya fikir, akhirnya aku buat keputusan nak beli semua barang tue esok jelah.

Selamat Tiba Di TATIUC


Sampai sudaaaa.....~

Pling pling pling!

Akhirnya aku dah sampai kat TATIUC. Penatnya bukan main lagi. Maklumlah naik bas daripada pukul 9 malam, sampai TATIUC dalam kul 10 pagi. Perjalanan lebih 12 jam tuh! Memang sangat-sangat penat. Nasib baiklah kelas petang batal. Kalau tak, memang masaklah nak pergi ke kuliah pulak.

Teringat pulak kisah aku pagi tadi. Sampai Kuala Terengganu (KT) dalam pukul 4.30 pagi. Bila dah sampai awal, terpaksalah melepak sampai ke pagi. Pengalaman yang paling tak boleh lupa hari ni ialah kena berak dengan burung. Hishh! Cilakak betul. Sekali kena bahu. Nasib baik sipi-sipi je. Kalau sekali angin tiup, memang mendarat atas kepala lah jawabnya. Haha.

Yang kedua pulak, kejadian dalam bas dari KT ke TATIUC pulak. Perut mula memulas-mulas. Mungkin sebab perut kosong. Tapi kosong amendalah pulak? Aku dah tibai teh tarik dengan roti gardinea ikan bilis. hm.. Pelik-pelik. Masa tue kerja aku nak termuntah je. Sendawa pun bau ikan bilis. Nasib lah aku sempat sampai TATI dulu. Kalau tak, bukan sendawa aku je bau ikan bilis, sekali satu bas pun bau jugak. Adeh.. :P

Sampai dekat TATIUC, aku rehat je dulu. Biar lega sikit badan aku ni. Kawan-kawan ada yang tegur.

"Hang buat apa masa cuti? Kulit jadi gelap?".

Aku pun jawab, "Ala, aku berjemur kat Hawaii. Memang la gelap sikit."

Hahaha.. Memang kuang asam betul aku nih kan.

Apa-apa pun, aku rasa lega bila selamat sampai. Syukur alhamdullilah bila masih diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke TATI dan menghabiskan sisa-sisa pelajaran yang masih tertangguh, :)

p/s: Lagi beberapa bulan lagi nak belajar. Lepas tue Internship, kerja dan kahwin. Haha.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...