Pages

Thursday 31 May 2012

Akta Keterangan (Pindaan) 2012


Akta Keterangan (Pindaan) 2012. Berkuatkuasa 1 Jun 2012

Dengan media baru yang semakin popular, termasuk blog, Facebook dan Twitter, serta dalam usaha untuk menjadikan rakyat lebih bertanggungjawab terhadap aktiviti mereka di atas-talian, kini ia telah pun ditetapkan yang mana Akta Keterangan (Pindaan) 2012 bakal dikuat-kuasakan bermula esok, iaitu 1 Jun 2012.

Bagi yang tidak mengetahui, melalui pindaan pada Akta Keterangan, ia menetapkan yang mana para pengguna Internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka. Secara ringkasnya, sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada blog anda, halaman Facebook Page anda, tweetjack akaun Twitter anda, mahupun dengan “menumpang” talian WiFi anda, maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang dikongsikan melaluinya.

Selain daripada itu, ia juga mengatakan yang mana sekiranya seseorang memulakan halaman Facebook, Twitter, blog mahupun sebarang perkara menggunakan nama dan gambar anda dan menerbitkan kandungan yang bertentangan dengan undang-undang serta memfitnah seseorang melaluinya, maka anda akan didapati bersalah, dan perlu membuktikan sebaliknya.

Anda mungkin akan menghadapi masalah sekiranya:
  1. Anda mempunyai blog, dan seseorang pembaca menerbitkan komen, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkan komen tersebut.
  2. Anda mempunyai halaman Facebook Pages, dan seseorang pengguna menghantar komen atau menerbitkan sesuatu pada Wall, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkannya.
  3. Seseorang menggunakan tablet atau telefon pintar anda untuk menghantar sesuatu yang tidak baik, maka anda akan dianggap sebagai yang menerbitkannya.
  4. Seseorang menggunakan komputer anda atau laptop anda untuk menerbitkan sesuatu pada internet, maka anda akan bertanggungjawab atasnya.
  5. Seseorang menceroboh ke talian WiFi anda dan menghantar pelbagai perkara yang bertentangan dengan undang-undang di internet, maka anda akan bertanggungjawab ke atasnya.
  6. dan pelbagai perkara yang berkaitan.
Dalam arena digital dan elektronik ini, semestinya ia boleh dikatakan perkara ini salah satu perkara yang sukar untuk direalisasikan. Apatah lagi memandangkan pada halaman Facebook dan Twitter sesiapa sahaja boleh menggunakan nama dan gambar orang lain, dan berlakon seperti mereka.

Sebagai contoh, pada hari ini, akaun Facebook Pages untuk seseorang artis mahupun ahli politik sahaja, terdapat lebih daripada satu akaun untuk mereka, yang mana dimulakan oleh peminat dan juga penyokong.

Sekadar perbandingan, akaun Facebook milik Najib Razak apabila dilakukan carian, secara kasar, terdapat lebih daripada 10 akaun, sekaligus menjadikan beliau bertanggungjawab terhadap kesemua akaun tersebut sekiranya sesuatu yang tidak sepatutnya diterbitkan, sehinggalah beliau membuktikan sebaliknya.

Jadi, secara ringkasnya, jagalah peranti dan rangkaian internet anda, disamping bertanggungjawab ke atas pelbagai perkara yang dikongsikan di arena internet, supaya ia tidak menyukarkan anda di kemudian hari.

Akta Keterangan (Pindaan) 2012 Berkuat-Kuasa Mulai Esok – 1 Jun 2012

Wednesday 30 May 2012

Weeeee~ (^_^)


Pling pling pling.. Seronoknya..... :D

Hari ini macam hari-hari biasa. Bangun awal dipagi hari dan pergi kerja pada jam 7 pagi lebih. Sampai iPerintis, kerja pun macam biasa. Support users remotely and on site. Dan hari ini aku belajar cara nak log My Geniee.

Sebenarnya sampai sekarang aku masih lagi takde MyGeniee. MyGeniee ni satu sistem dimana tugasan yang diberi oleh HelpDesk untuk menyelesaikan masalah pengguna dan juga untuk rekod segala kerja yang telah diselesaikan oleh kita. Jadi Kak Q bagi ID dengan password dia untuk aku log kan segala kerja yang aku dah buat. Yelah, takkan nak tunggu aku betul-betul dapat MyGeniee baru nak belajar?

Hari ini ada 2 benda best dan 2 juga benda yang tak best yang berlaku. Yang pertama, aku terjatuh dari kerusi masa tengah buat kerja. Bukan terjatuh macam biasa, tapi kerusi tue patah! Adoi.. Malu bukan kepalang. Sampai aku tak tahu samada nak gelak atau diam. Kalau dengan kawan-kawan, memang aku gelak dan diorang sekali gelakkan aku. Tapi dengan supervisor dan kawan baru, jadi diorang tak sampai hati nak gelak kot. Hahaha. Itu benda tak best yang pertama.

Yang kedua dan ketiga pula benda best iaitu ada orang belanja aku makan. Haha. Perut tengah kosong, dalam poket ada habuk je. Mestilah sedap kalau orang belanja. Hehe :P

Yang pertama sekali, aku dapat makan kuih akok. Kak Q yang belanja. Kuih akok ni makanan tradisional Terengganu. AKu pun tak tahu la kalau kat Parit Buntar ada jual tak kuih ni. Yang pasti rasa kuih ni sedap sangat dan manis sangat. Memang kena dengan citarasa aku. Nyummm~!


Tadaa~~ Inilah kuih akok :D

Yang ketiga pula bila balik je hostel, Pok Mat belanja pula makan KFC. Alhamdullilah kenyang.. :) Thank you Pok Mat. Semoga Allah memberi rahmat kat hang sebab belanja orang lapar makan.

Yang terakhir sekali ialah benda yang tak best sekali. Aku sakit perut. Adodoi. Nak buat macammana. Dah tiba masanya perut aku meragam. Malam ni aku tidur awal jelah. Macam hari-hari biasa dek keletihan berulang alik dari TATIUC ke Paka setiap hari.

Syukur atas nikmat yang Allah dah beri. Thank you Allah. ^_^

Saturday 26 May 2012

Pertandingan Boling Tertutup iPerintis 2012


Pertandingan Boling Tertutup iPerintis 2012
Lokasi: Mesra Mall, Kerteh.
Waktu: 9.30 pagi - 12.00 tengahari
Ahli kumpulan: Sazali, Sufi, Faidzullah

Tak tahu apa yang harus aku ceritakan tentang hari ini. Hanya sekadar memori mengenai pertandingan ini dimana aku telah diajar cara bermain boling dengan betul oleh abang Sazali dan juga tentang kumpulan kami telah menang tempat pertama. Sorang satu hamper pula tuh. Alhamdulillah.. Syukur atas rezeki yang Allah berikan.

Dikesempatan ini aku hendak mengucapkan ribuan terima kasih diucapkan kepada Kak Qamarina yang telah belanja aku yuran penyertaan kerana menggantikan dia bermain setelah dia pulang ke kampung. Terima kasih juga kepada Noor Hanisah yang telah memberi semangat untuk aku bermain dan juga sahabat baik, Mat Yan yang teman aku berlatih main boling semalam.

Jutaan juga terima........ BERHENTI !

Ahhh!! Macam baca teks ucapan kemenangan pula aku ni. Sudahlah... Masa tamat. Sambung lagi tahun hadapan ya? ^_^

Saturday 19 May 2012

TATIUC Research & Innovation Exhibition (TARIE)

TATIUC Research & Innovation Exhibition (TARIE 2012)
TATIUC Research & Innovation Exhibition

Bertanding dalam kategori Produk dan akhirnya mendapat tempat kedua. Aku rasa keseluruhan TARIE ni memang bagus tetapi perlu diperbaiki lagi dari segi PA System yang kawal suasana. Tak payah lah nak pasang lagu tak senonoh sangat. Pasang lagu yang elok kan bagus. Isk...

Satu lagi, kategori perlu diperluaskan lagi dan bukan hanya kategori Poster dan Produk. Mungkin juga lebih sesuai kalau Poster dan Produk itu dikelaskan kepada kelas-kelas tertentu seperti bahagian Material, Kimpalan, IT dan apa-apa yang yang dirasakan sesuai.

Daripada 5 bintang, aku berikan 4 bintang. All the best TATIUC! Aku sokong untuk anjurkan lagi pada tahun depan.

TATIUC Research & Innovation Exhibition (TARIE 2012), Terengganu Trade Center, Kuala Terengganu. 18 - 19 Mei 2012.
Presenting my Final Year Project entitled : NetriderSpot Prepaid Wi-Fi.

Tuesday 15 May 2012

Hari Pertama @ iPerintis (15 May 2012)


The Melancholy Of Haruhi Suzumiya | Suzumiya & Kyon Run Away

8.00 pagi
Hari ini aku daftar kat iPerintis Kerteh. Sebelah Mesra Mall je. Nak masuk dalam kawasan Petronas ni, pakaian kita kena kemas. Berkemeja, berseluar slack dan berkasut. Kalau tak menepati etika, polis bantuan dekat pondok masuk tu memang tak akan bagi masuk. Huhu. Dah lah kena tinggalkan lesen. Nasib baik aku tak payah bagi lesen, bagi Student ID pun boleh. Hehe.

8.30 pagi
Aku masuk dalam pejabat iPerintis buat kali pertama. Kak kerani tu panggil aku terus ke tengah-tengah pejabat. Rupa-rupanya ada morning talk. Lebih kurang macam meeting sekejab la. Tapi berdiri la dalam setengah jam kot. Diorang bincang pasal masalah dan perkara berbangkit jer termasuklah mengenai 2 orang intern yang baru masuk.

"Caihhh, aku ingat aku sorang je. Ada lagi sorang rupanya. Perempuan pulak tu. Bagus. Ada jugak kawan. Hehe"

Kejab... Aku bukan gatal okay?! Haha

Selepas habis mesyuarat ringkas, aku melepak je. Tak ada kerja lagi barangkali. Borang maklumat aku dah isi dan beri. Awek tadi tegur aku. Sembang punya sembang, baru aku tau nama Lini. Tetapi dia dah kawin lah. Umur pun 25. Haha. Dia duduk kat Paka. Ahh, persetankannya. Bukan aku nak pergi rumah dia pun. :P

Dalam aku mula menyesuaikan diri, tiba-tiba supervisor panggil. Rupa-rupanya pejabat iPerintis di Petronas Cari Gali tidak memerlukan orang dan kami berdua ditukarkan ke Paka. OMG. Jauh tuh! Namun keputusan itu aku terima dengan redha. Aku ingat kami berdua dapat tempat yang sama, rupa-rupanya dia dapat kat Penapisan Gas, aku pulak kat Petronas Gas. Berdepan je. Huhu.

2.12 tengahari
Aku dah selamat sampai kat pejabat iPerintis baru. Supervisor baru namanya Nik Nur Qamarina. Panggil Kak Q je. OKlah. Orangnya mesra tapi buat masa sekarang nampak sibuk sedikit. Staff kat sini ada 3 orang termasuk Kak Q. 2 orang lelaki. Sorang nama Hafidz dan sorang lagi Aminuddin, panggilan Abang Min.

5.08 petang
Aku meluncur pulang ke TATIUC meskipun perkataan yang sebenar ialah menunggang motosikal ke TATIUC. Hohoho. Masa dikira dan keputusannya ialah perjalanan dari Petronas Gas ke TATIUC mengambil masa lebih kurang 45 minit. (Termasuk trafik light lah..)

Malam.
Tidur awal dek kepenatan dan nak niat suci untuk bangun awal pada keesokkan harinya.

Monday 14 May 2012

Kisah Nasi Lemak Dalam Kehidupan Kita


"Bagusnya kalau dapat kerja pakcik jual nasi lemak itu. Setiap hari pakcik itu kerja 2 jam sahaja, semuanya dah habis dijual."

Ramai yang hanya nampak jualan pakcik nasi lemak yang laris tetapi terlupa pada kisah-kisah di sebaliknya.

Setiap hari, selepas habis menjual nasi lemak, pakcik tersebut perlu membersihkan semua perkakasnya. Kemudian, pakcik perlu pergi ke pasar untuk membeli ramuan-ramuan untuk buka kedai hari esoknya.

Ayam, daging, pedal perlu dipotong dan diperap.

Cili, lada, sambal perlu ditumit secukup rasa, secukup guna.

Semua ini mengambil banyak masa daripada masa menjual.

Setiap hari, pakcik nasi lemak perlu bangun seawal 3 pagi untuk memasak lauk-lauk, nasi dan sebagainya - segalanya perlu dibuat dengan cermat, ramuan mesti dipastikan elok, kerana nila setitik akan rosak susu sebelanga.

Kisah makan ini - bila sedap orang akan teringat, sekali tidak sedap orang akan ingat selama-lamanya. Jadi konsisten pakcik nasi lemak untuk menyediakan segala bahannya untuk mengekalkan kepuasan pembelinya perlu dihayati.

Perkara yang sama turut dilihat pada seorang ibu.

"Anak makcik semua soleh, semua pandai-pandai, berhemah."

Di sebalik ayat itu, tahukah seorang ibu, sejak mengandung kita, tidak pernah ada sesaat pun yang tidak merisaukan kita, walaupun kita dah berkahwin dan beranak-pinak.

Berapa banyak usaha, titik peluh dan darah yang dikorbankan seorang ibu untuk anak-anaknya.

Hargailah kedua-dua ibu dan bapa selagi ada peluang. Ada yang diberikan dan dilakukan mereka untuk kita selama ini tidak tokok bandingnya. Beringatlah pada kenangan yang manis bersama, kenangan pahit dijadikan pengajaran semasa kita menjadi ibubapa untuk anak-anak kita pula.

Quran 17:23-24
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."

Dah berapa lama tak jumpa ayah mak? Sekurang-kurangnya telefonlah sekali seminggu. Ibubapa tidak mengharapkan apa-apa sebenarnya, mereka cuma harapkan kita semua selamat, gembira, bahagia dan boleh SENYUM selalu.

~Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...