Aku sendiri tak tahu kenapa dengan aku hari ini. Mungkin keletihan dek bekerja tanpa henti selama 7 hari seminggu. Mungkin kerna asyik berfikir dan risau mengenai keluargaku. Ahh.. Semua ini adalah perkara biasa bagi aku walaupun mungkin bagi orang lain aku lembik dan si gemuk yang kuat tidur. Tetapi biarlah. Apa yang mereka tahu?
Bermula dengan Sulaiman yang ketawakan aku bila aku kata kerja di IPerintis memenatkan.
"Keje kat ofis pun letih ke? Mu bukan buat mende pun. Duduk je....."
Ya! Memang benar wahai sahabatku. Tetapi sepanjang harikah aku hanya duduk sambil goyang kaki sahaja? Apa kau fikir aku makan gaji buta? Mungkin sudah tiba masanya untuk kamu berfikir sebelum berkata-kata wahai sahabatku.
"Eh kau kerja partime 2 hari je RM150? Masyukkkkkk.. Banyak tuh."
Aku hanya tersengih sahaja. Bersyukur atas nikmat yang diberikan. Tetapi mungkin mereka tak tahu yang aku bukan hanya duduk di kerusi dan selesaikan masalah sahaja. Aku juga membantu krew yang lain mengemas tempat persiapan. Dan mungkin juga mereka tak tahu yang aku sudah berada disana sehari sebelumnya dan balik lewat malam.
Oh, apakah yang mereka tahu?
No comments:
Post a Comment