Pages

Tuesday, 17 April 2012

Isu Mansuh PTPTN dan PENDIDIKAN PERCUMA

Malas nak cakap banyak pasal benda ni.. Tetapi bila kenang jer, rasa sakit hati la jugak pasal adik beradik penyokong tegar UMNO ni.

Mungkin ada yang tak tahu (atau memang sikap tutup telinga tak mahu ambil tahu), apa yang mahasiswa-mahasiswa berkumpul di Dataran Merdeka. Untuk apa dan demi siapa?

Seperti yang media ceritakan, ianya adalah untuk pemansuhan PTPTN. Lanjutan dari berita separuh itu, maka ramailah yang berkata "dah pinjam duit, tak mahu bayar lah pulak..!". Ada juga yang kata, "kalau nak berdemo sangat, bak balik duit PTPTN yang korang dah guna.".

Aku tergelak baca kenyataan itu. Kata-kata yang dikeluarkan umpama mengatakan duit itu adalah duit menteri atau kerajaan Barisan Nasional. Bukankah duit itu adalah duit rakyat dan Barisan Nasional hanyalah bertanggungjawab untuk menguruskannya?

Sebenarnya mereka yang berkata sebegitu adalah orang-orang yang tak mengkaji keadaan sebenar. Mungkin mereka ada meng"google" tapi tak jumpa apa yang mereka inginkan. Al maklumlah, media sekarang lebih berpusat didalam Facebook dan sudah kurang di dalam medium blogspot.

Sebelum baca dengan lebih lanjut, aku nak beritahu dahulu kepada semua.

INI ADALAH PENDAPAT AKU SAHAJA.

Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing. Tak terkecuali sesiapa pun. Sedangkan jika kita sama-sama melihat ke luar jendela, perkara pertama yang kita lihat juga adalah berbeza. Cuma yang sama apabila ada sesuatu yang menarik dihadapan kita atau apabila kita ditunjukkan ke arah sesuatu perkara. Kan?

Pendapat aku,

Siapakah yang meminta PTPTN dimansuhkan?
- Mahasiswa.

Siapakah mahasiswa?
- Mereka adalah bakal-bakal pemimpin negara. Mereka adalah rakyat yang akan berkhidmat untuk negara. Yang bekerja, memimpin dan melindungi negara.

Jadi, adakah melampau apabila bakal pemimpin negara meminta sesuatu yang akan menjaga kebajikan mereka?

Lagi 10 tahun, Najib tak tentu ada lagi. Hutang negara tak tentu sudah langsai. Masa tu siapa yang tanggung? Bukankah kita pada masa sekarang ini? Mahasiswa sekarang adalah orang yang akan bekerja untuk negara. YANG BEKERJA DI NEGARA SENDIRI.

Sifirnya mudah. Kita bukannya minta duit FREE dari PTPTN. Tetapi kita minta PENDIDIKAN PERCUMA DI MALAYSIA. KITA BUKANNYA PINJAM DUIT LEPAS TU TAK MAHU BAYAR. KITA TUNTUT HAK KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA !

Ada yang kata, "kalau PTPTN dihapuskan, anak melayu nak masuk universiti macammana? Duit tak ada!!"
- Untuk pengetahuan anda (selalunya golongan pakcik dan makcik), TV3 hanya menayangkan bahawa mahasiswa ingin hapuskan PTPTN tetapi tidak ditunjukkan mereka menuntut PENDIDIKAN PERCUMA kan? Ya, mahasiswa menuntut pendidikan percuma untuk semua rakyat Malaysia. Bergembiralah seandainya perkara ini ditunaikan.

Ada yang kata, "kalau tak mahu ptptn, kenapa sain kontrak dulu?"
- Siapa yang mahu berhutang untuk suka-suka? Tiada siapa yang mahu. Sedangkan aku sendiri berhutang kerana TERPAKSA UNTUK BELAJAR.

Lepas habis BELAJAR, bekerja untuk BAYAR HUTANG.

Sambil bekerja, berhutang untuk KERETA, RUMAH dan lain2.

Jadi hidup kita untuk apa?

BAYAR HUTANG.

Ada yang kata, "janganlah pinjam kalau dah sedar diri tu tak mampu!"
- Habis? siapa yang nak bayarkan? Bapak kau? Bapak aku tak mampu.. sebab itulah kita perlu menuntut kebajikan untuk diri kita. Kita bukannya nak tuntut kebajikan untuk bukan WARGANEGARA! Tetapi untuk KITA SAHAJA.

Ada yang kata, "dapat duit ptptn beli macam-macam. Hensetlah, motorlah, tengok wayanglah. Bila duit dah habis, tak nak pulak bayar?!"
- Wahai saudara/saudari, itu kan duit diorang, biarlah diorang nak gunakan. Dan kenapa pula hendak tengok mereka sahaja pula? Yang lain yang betul-betul bayar yuran macammana? IPTA mungkin dapat pinjaman sikit. Tetapi di IPTS, bayaran satu semester diploma sahaja dah RM3,700. Ijazah pula RM5,000 satu semester. kamu ingat sikit ke?

Ada yang kata, "kalau dah hutang tu, bayar jelah. Islam suruh kita bayar hutang".
- Jika anda pandai berbicara mengenai hutang, sudah pasti anda fahami konsep hutang dalam islam kan? Saya nak tanya, adakah kita wajib membayar hutang andai kata si pemberi pinjam telah membatalkan hutang anda? WAJIB ATAU TIDAK?

Ada lagi yang mengatakan, "PTPN dah bagi pinjam, banyak songeh pulak nak FREE!"
- Tolonglah... kita tuntut PENDIDIKAN PERCUMA DARI KERAJAAN... BUKANNYA DUIT FREE DARIPADA PTPTN. Susah sgt ke nak faham? Hmm....

Okay, tarik nafas sebentar.

Mengenai isu pendidikan percuma pula. Betul ke ada yang tak mahu dapatkan PENDIDIKAN PERCUMA?? Kalau tak mahu, silalah bayar kepada PTPTN. Anda tidak dihalang. Andaikata PTPTN betul-betul dimansuhkan, korang mesti tertanya-tanya nak bayar macammana kat PTPTN kan? Susah apa? Itukan duit rakyat. Bagi baliklah kat rakyat. Bagi je kat pihak yang berkenaan. Selesai.

Tetapi jangan kata kerana demostrasilah, PTPTN hancur dan diorang tak boleh bayar duit mereka balik. Haha.

Salah satu lagi isu ialah "Anwar Ibrahim ni penipu besar! Dia mampu ke nak bagi pendidikan percuma. Penipu al juburi!!".
- Kita tengok dulu samada dia mampu atau tidak. Dia kan bekas Menteri Kewangan dahulu. Dia lebih tahu pasal kewangan lebih daripada kita. Kalau dia tak mampu dan betul-betul menipu, kita buat revolusi baru. Kita jatuhkan dia dan kita tukar kerajaan lain. Pilihanraya 5 tahun sekali. Takut apa??

Usah berada ditampuk lama. Demi masa depan kita dan negara. Buatlah keputusan yang bijak. Malaysia tak akan bangkrup andai PENDIDIKAN PERCUMA DIBERIKAN. Sedangkan hutang kroni beratus bilion mampu dihapuskan dengan senang, hutang mahasiswa yang setakat RM43,000 pulak nak dikejar? Siap kena bayar bunga RM 22,000 lagi. Masyukkkkk~

"Kalau bagi pendidikan percuma, nanti bangsa2 lain naik dan pijak lah kepala kita...!"
- Bukankah bangsa melayu juga belajar? Diorang mestilah akan jadi pandai jugak. Demi negara Malaysia jugak. Ke demi BANGSA MELAYU SAHAJA? Kalau anda memperjuangkan BANGSA MELAYU SEMATA-MATA, ternyatalah anda seorang yang racist dan semestinya ahli UMNO yang tegar.

Bagi yang pandai sangat nak cakap pasal agama.. Ingatlah... Rasulullah SAW tak pernah perjuangkan BANGSA. Tetapi baginda perjuangkan ISLAM. Betul kan?

Marilah.Tak salah mencuba. andai kata semua itu dusta. Kita masih punya pilihan lain.

Wallahualam.

Setakat ini sahaja pendapat aku.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...